PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Kompang koat di Parit Buntar, hebat bik mama Puihh !

Pada Sidang Media pagi tadi, Tukang Kompang Negara telah berjanji kepada seluruh warga Kerian, bahawa kerajaan negaranya telah meluluskan untuk bina Hospital Pakar di Kerian, dan duit utk bina hospital yang akan ramai pakar-pakar berurusniaga nanti juga tidak sedikit. Hampir setengah billion bro ! Hebat sungguh Tukang Kompang Negara beritahu.

Makcik pakcik, tok wan, tok ngah melopong dengar duit setengah billion utk bina hospital pakar. Baguih sungguh kerajaan kompang negara. Untuk hospital pakar BN sanggup berjanji dan berhabis setengah billion, tetapi untuk warga emas, kerajaan Kompang negara hanya mampu berhabis bagi setengah ribu saja. Antara setengah ribu dan setengah billion. Tak ubah hanya gula-gula nak tawan hati rakyat menjelang PRU13.

5 Tahun lalu, Pawang Kompang Negeri, Tajul Rosli pun datang bersama tukang-tukangnya yang kini hanya disebut sekadar tukang karut, dan turut sama berjanji untuk bina hospital, tapi hospital itu bukan hospital pakar, tapi disebutnya hospital parit buntar saja. Hebat sungguh Tukang dan Pawang kerajaan Kompang. Syok sungguh depa tabur janji, macam tabur benih padi, tapi bila tuai - semua dapat padi angin.

Janji Pawang kepada seluruh rakyat Kerian, bahwa jika menang calon BN (parlimen dan DUN) pada pilihanraya ini, ketika itu maka saya sendiri yang akan luluskan peruntukan bina hospital baru parit buntar. Pangg..meletop-letop hati orang kampung dengar kerajaan negeri Kompang bangang sebut sambil julur-julur jari suruh undi BN. Tak undi kalo..tak der hospital. Bomggok punya Pawang, ada kaa mintak undi dengan ugut dengan undi. Puihhh.

Dan hari ini, Tukang Pawang sudah upgrade janji yg telah dibuat oleh Pawang Kompang Negeri 5 tahun lalu, dengan tambah perkataan PAKAR plak. Bila dengar perkataan 'pakar', hangpa tau ka sapa yang layak nak dapat khidmat daripada hospital kategori macam tu ? Tok Ngah mak Ngah hang boleh dapat kaa..servis hospital jika hanya tiap tahun sekadar bergantung kepada hasil padi angin memanjang. Puihhh !!

Tukang Karut di tv malam tadi bilang 30 ribu rakyat turun sokong Tukang Kompang di Parit Buntar, kalau nak sebut 100 ribu pon takpa, apa nak kisah..sorang yg datang konpem dapat RM15 dari ketua Unit, sapa yang tak mau ! Puihhh...!!

*wak - Puihh..Puihh !!

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |