PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Isu Azan - Siapa Dalangnya ?

Apa kata jika tukang repot itu dari DAP. Mau 'dharurat' negara. Tapi oleh kerana ia bukan dari DAP, maka alunannya jadi ' cubit-cubit gatal' laki bini. Macam cilakak la luu..!! 

[..] Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada anggota pergerakan itu menulis surat tersebut. “Saya tak dengar apa-apa. Anda perlu sahkan dengan ketua kami (Wee),” katanya.

Timbalannya, Loh Chew June juga memberikan pandangan yang sama dengan berkata beliau ada membaca berita mengenai isu itu menerusi portal tetapi tidak tahu sama ada ahlinya terlibat dalam isu berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan.” 

“Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya. 

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.” “Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.

Dia seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.” “Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah,

“seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

Ketika dihubungi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan peguam terbabit. Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut. 

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA. Teks penuh baca dibawah.

KUALA LUMPUR, 15 Jan — MCA mendakwa parti itu tidak tahu-menahu dakwaan bahawa salah seorang ahlinya, yang juga seorang peguam, terlibat dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini, yang kini bertukar menjadi kontroversi dan protes.

Beberapa pemimpin pusat MCA yang dihubungi berkata, mereka juga tidak sedar tentang insiden itu, malah menegaskan tidak pernah menerima sebarang aduan formal terhadap ahli terbabit.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, beliau belum lagi dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut.

“Bagaimanapun dalam mana-mana kes, amat jelas ia (hanya) satu pandangan peribadinya, dibuat atas kapasiti peribadi. Ia bukan pandangan MCA ataupun agenda parti,” kata beliau yang juga anggota Kabinet pusat.

Ditanya sama ada partinya bercadang untuk menyiasat perkara tersebut, Kong memberitahu, tiada aduan formal dibuat terhadap ahli terbabit.

“Kami tidak menyiasat begitu sahaja melainkan ada permintaan formal untuk kami berbuat demikian.

“Dalam mana-mana kes, jika ada gesaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, persoalan sekarang sama ada ia isu MCA atau satu kes polis?

“Sebagai contoh, jika seorang ahli MCA mencuri komputer riba anda, ia adalah kes polis dan bukannya kes MCA,” katanya.

Kata beliau, peguam itu kemungkinan mengemukakan permintaan itu atas kapasiti peribadi dan bukannya selaku seorang wakil parti.

Difahamkan lelaki itu pernah berkhidmat di pejabat bekas presiden MCA yang juga anggota Kabinet pusat.

Dia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada surat kepada pelbagai pihak termasuk perdana menteri adalah yang ditulis olehnya.

Semalam, beberapa pemimpin Pemuda MCA mengesahkan mereka mengenali lelaki berkenaan, yang juga anggota biro sayap itu, tetapi mendakwa mereka juga tahu-menahu tentang isu tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu The Malaysian Insider bahawa peguam itu menganggotai kepimpinan sayap Negeri Sembilan.

“Ya, dia pernah bekerja untuk seorang bekas presiden. Tetapi, saya tidak tahu kejadian itu. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenainya setakat ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada anggota pergerakan itu menulis surat tersebut.

“Saya tak dengar apa-apa. Anda perlu sahkan dengan ketua kami (Wee),” katanya.

Timbalannya, Loh Chew June juga memberikan pandangan yang sama dengan berkata beliau ada membaca berita mengenai isu itu menerusi portal tetapi tidak tahu sama ada ahlinya terlibat dalam isu berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan.” “Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya. Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.” “Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.

Dia seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.” “Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah,

“seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

Ketika dihubungi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan peguam terbabit. Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut. Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA.

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi. (MalaysianInsider)

1 comments:

  1. Yong said...

    Dah jam 5.45 am. Memang patut bangun pun.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |