Blogger@Sarawak - BERAPI : Gara-gara wajah ' peh mo', SUPP jadi bebal !
SUPP berang apabila disandingkan dan digandingkan dengan Peh Mo. Presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan serta dua calon parti itu berang dengan meminta DAP melalui peguamnya supaya menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.
Amat malang bagi Taib regu politiknya sendiri tidak mahu digandingkan bersama. Mereka menganggap muka Taib 'sial' dan 'sueh' di kalangan pengundi dan akan membawa malang yang lebih besar kepada SUPP. Tak terperasankah Taib tentang hal itu!!
DAP enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa. DAP berkata mereka betul kerana George Chan sememangnya sayangkan Pek Mo daripada rakyat Miri sendiri.
(*) Saya Sayang Pek Mo (Pek Mo - Tok Uban) dalam bahasa Hokkien iaitu gelaran popular Taib Mahmud di kalangan masyarakat Cina Sarawak.
Wak : Kasihan kamu ! Bukan saja orang Sarawak makin menolak kamu kini, malah SUPP yang satu kelambu dengan kamu juga jadi 'geli' bila lihat papantanda itu.
Nasib YB BN di Sarawak : Dulu YB di'segani', sekarang YB bakal di'habisi' !
Ketika baru berkahwin pada hujung tahun 1980-an, aku diajak mengunjungi keluarga sebelah isteriku di Merapok, dalam daerah Lawas, Sarawak. Kebetulan ketika itu Sarawak sedang menghadapi pilihanraya negeri.
Yang menarik perhatianku pada ketika itu ialah keluarga isteriku dan orang kampungnya sibuk mengutip duit dan membuat kerja gotong royong. Mereka menyembelih kerbau, menyediakan makanan dan minuman serta mengadakan jamuan untuk meraikan 'YB' mereka.
Sedihnya, 'YB' yang mereka raikan sebenarnya bukanlah 'YB' lagi (kerana DUN telah dibubarkan) tapi calon BN yang datang ke kampong itu untuk meraih undi. Calon 'YB' itu pula hanya datang ke kampong itu pada setiap kali berlangsung pilihanraya! Kasihan penduduk berkenaan. Kalau di kampong aku, pada musim pilihanrayalah orang kampung minta bermacam sumbang daripada calon BN. Tapi di kampong itu calon BN pula yang dijamu dan raikan sedangkan mereka datang untuk berkempen.
Tapi itu dulu, tahun 1980-an. Bagaimana pilihanraya kali ini ini ? Masihkan orang Sarawak macam dulu? (sumber TT)
Klip video dibawah diproduksikan oleh team TP di Sarawak. Aram Meh Kitai Berubah..!
0 comments:
Post a Comment