Blogger@Sarawak : Madah 'Pooliiteek' Iban, UBAH sekarang !
Kuching | albanjari
Perasaan anti-BN atau yang sebetulnya anti -Taib dilihat sangat tinggi kini di seluruh Sarawak. Rata-rata rakyat yang benci sama itu nama, menjadi-jadi khususnya di kota Miri, Sibu mahupun di Kuching, malah gelandangan BN sama muka-muka lanunnya tidak lagi dapat ketawa 'claim' itu kubu mereka kini. Pakatan Rakyat kini betul - betul 'dominasi' bah..!
Pooliiteek Sarawak..jadi kian hebat apabila warganya jadi bijak dan pintar gara-gara 30 tahun dibodohkan sama keluarga Taib. Pintar kerana pandai mencari peluang. Bijak untuk me'undur'kan Taib dari puncak kuasa. 16 April ituk, tarikhnya semakin hampir. Aduhhh...! Nampaknya Taib perlu lebih 'gambir' Sarawak buat melayari malam-malamnya kini. Malah bomoh-bomoh sekelilingnya jadi tolol seketika, apabila mantera yang ditiup kembali semula ke pusatnya hingga ada dikhabarkan bomohnya sendiri 'histeria'. Amaran sama bomoh-bomoh sesat, jangan main-main sama ayat-ayat suci al-Quran, bisa korban kamu, jika terusan buas bikin sihir-sihir jahat. Awas !
Perang tempur pilihanraya kini sedang berada di fasa kedua, senjata besar BN sedang galir dimeratakan keseluruh pelusuk Sarawak. Kuasa 'DUIT'. Yaa..! Kuasa itu sedang digunakan leluasa sekarang. Dan warga Iban, Bidayuh, Melanau, mahupun yang lainnya sedang menjadi 'bijak' dengan meletakkan setiap rumah dengan bendera BN. " Itu politeekk saja..!"
Kerana soal undi, Baru Bian bakal diangkat menjadi KM Baru untuk Sarawak. Yaa..! Undi untuk memutuskan penguasaan total Taib Mahmud. Apapun, dari sok-sek sok sek dari rumah panjang dapat didengar, tentang taktik kotor itu acapkali dilulurkan buat semua warga rumah. Ambil..! Jangan tolak ! Itulah hukum wajar dan perlu dinikmati sempenan meraikan pilihanraya.
Kini selama lebih seminggu menyusuri liku-liku hidup dan politik warganya di sini, aku bisa saja menyebut bahawa rakyat Sarawak memang butuhkan pembaharuan. . Oleh kerana itu, masyarakat Sarawak yang kini sangat dilihat begitu tulus mahukan perubahan, maka keseriusan pembaharuan itu mesti diterjemahkan terus untuk meletakkan Sarawak kembali berdiri di atas kakinya sendiri, maka mereka hanya memiliki satu kesempatan dan peluang untuk melakukan ituk - iaitu pada 16 April ini. Jangan biarkan Taib kembali menjadikan Sarawak sebagai 'angsa emas'nya untuk kembali mengumpulkan kekayaannya. Taib itu tidak ubah seperti si Hosni Mubarak. Kita 'UBAH' sekarang.
Tukang-tukang sihir type mungkin sedang mencoba dan berusaha keras bagi membantu tye anak mamut kekal berkuasa. Kuburan ini kemungkinan boleh di'ekstrak'kan kembali, bagi melahirkan pengundi 'baru' buat BN..! Atau dalam kata indahnya, PENGUNDI HANTU !
0 comments:
Post a Comment