PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Blogger@Sarawak : Fotofiksyen [PART 2] Nota perjalanan albanjari !

albanjari | Kampung Raba, Sebuyau
Naik Feri di Sungai Samarahan, Muara Tuang. (jarak dari bandar kuching, sekitar 15km) Walaupun jarak antara 2 tebing sekitar 30 meter, namun CM yang pernah menjadi wakil rakyat di sini, tidak pernah usahakan untuk bina jambatan. 


Yang ada cuma feri, yang dikatakan dimiliki kroni beliau. Dikatakan sewa harian adalah RM7000 dibayar oleh Kerajaan Negeri, tetapi tambang nak naik feri juga kena bayar. Kiri Sapu kanan pun Sapu. 


Aku tanya pemumpang feri warga tempatan, dia bilang 1 jam ada 4 trip jika air tidak surut. Lu bayangkan sekali feri jalan, kurang-kurang boleh kutip RM60. Setiap jam senang aja mau kumpul RM240. Ada 2 feri bagi services di situ. Sehari 12 jam operasi. Loorr..! Wang mudah untuk kroni. Setiap bulan boleh bikin senang-senang RM setengah juta. Itu pasal 'Perubahan' Untk Sarawak, bikin BN jadi sawan dan sasau !


Ramai bilang sama aku, jangan lupa rasa 'pau' Sarawak. Akhirnya aku berjaya juga merasa enaknya 'pau' Sarawak. Tapi 'pau' ini dibikin bagus oleh Melayu Iban. Rasanya sedikit masam, tapi enak. Maaf ! Taipan bandar Kuching juga ada berjualan 'pau'. Tapi 'pau' itu tidak 'mengenyangkan., tapi meletihkan ! Kerna ia tidak bisa boleh dimakan, sekadar boleh di'hisap'


Warga pendalaman di Sarawak. Foto ini diambil secara curi. Saat menanti suami-suami setia yang berjualan huma hasilan tanam sendiri. Sekadar meraih wang yang tidak seberapa. Isteri duduk mencangkung, letih barangkali. 


Perjalanan menyusuri denau dan kota di bumi adat sangat mengujakan. Bagai macam nama dapat dilihat. Kadang ada jua nama tempat itu serupa seperti yang ada di Semanjung. Aku suka dengan nama kampung ini.


Ketika melalui kampung itu, mataku liar mencari. Mana tahu ada penduduknya bisa aku kongsi akan makna yang hebat dimata orang 'asing'. Raba itu merujuk kepada kerja-kerja 'kontraktor' meratakan bulu roma kah? Oh..tidak ! Benar sungguh..disaat siang, aku juga te'raba-raba' mencari penduduknya yang tidak kelihatan seorang pun. Mungkin mereka sedang men'gongsi' dirumah, sedang meraba-raba juga. Raba yang 'sedap' ! Siapa tahu..?



NEXT : Blogger@Sarawak : Fotofiksyen [PART 3] Nota perjalanan albanjari !
(*) Catatan lewat dari Sarawak

1 comments:

  1. author faethal said...

    Aduh Wak..
    Citer pasal 'pau' tu yang tak tahan tu..
    Wakakaka.
    Tapi, sesedap mana pun pau S'wak.
    Taib Mahmud TETAP sukakan pau oversea juga.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |