Blogger@Sarawak : Kebangkitan Massa menuju Sarawak Baru !
16 April 2011. Hari penting bagi Sarawak. Ibu-ibu dan bapak-bapak di seluruh Sarawak kian tidak sabar menanti hari keramat itu. Anak muda Iban, Melanau jua Bidayuh semakin 'bengis' menolak Pehin. Pehin seumpama satu fatamorgana 'ngeri' untuk rakyat Sarawak. Jika di kota Kuching, anak muda ada yang boleh 'muntah' bila disebut nama itu dikhalayak mereka. Itu realiti. Perubahan Massa yang tidak dijangka.
Lihatlah 'crowd' dari kebangkitan massa rakyat Sarawak. Pehin kian gementar. Terubuk Masin telah bertukar jadi Pehin Masin. Masinnya hingga langsung tidak upaya untuk menyantuni segala jasanya yang terpalit bersama kerakusan kuasa dan kezaliman kepada rakyatnya sendiri. Tanah-tanah adat jadi hak mutlak sendiri. Orang asal dihambat keluar dari bumi demi meloba kekayaan kroni. Pehin kini menuju ke fasa' jahanam' kuasa.
Jeritan ' Ubah' dan 'Sarawak Baru' bergema setiap hari, lantas mewarnai pasar pagi Satok yang sepi sebelum ini. Mereka merayakan demokrasi untuk segera menolak Pehin ke tepi kuasa. Kuasa rakyat ! Kuasa massa yang sangat digeruni.
Kibaran bendera BN jangan kamu cari di situ. Siapa bilang BN semakin teguh dihati rakyat Sarawak? Jangan bohong lah..! Bomoh-bomoh Pehin yang perkasa sebelum ini sudah kembali 'sakit'. Luluhan doa dan solat munajat seluruh orang islam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak buat jin-jin dan sihiran mereka menjadi debu mati kini. Iblis suruhan mereka juga jadi puing-puing jagung yang hangus terbakar.
BN semakin goyah. BN Sarawak minta nyawa sekarang. Kebangkitan Nasionalisma Dayak di bumi Sarawak begitu mengerunkan siapa saja, Najib jadi bingung. Pehin bungkam tersipu malu. Ragad yang jelita terkunci nafsu. "Sihir kunci mulut" kini jadi senjatan makan tuan buat taib.
Daulah islam semakin membiak. Sokongan kepada PAS semakin bertambah. Melanau, Iban kini semakin menjauhi parti BN yang disifatkan 'penjajah' baru yang merampok apa saja yang ada hampir 30 tahun. Ego besar 'James Brooke' BN yang punya bini lawa itu semakin ditolak rakyat. Itulah kehendak massa..!
Beting Maro dan Sebuyau semakin kukuh digenggam kemenangan. Usaha keras yang berbaki sehari ini diteruskan, azam yang tinggi begitu membulat untuk PAS menawan DUN ini dengan bergaya. Analisa blogger dari bilik, tidak ubah seperti syaitan bukit yang hanya gemar menyalak. Semangat ' Sarawak Baru' menolak kumal segala analisa jahat yang melemahkan hasrat 'massa' rakyat Sarawak.
Begitu juga Sadong Jaya, permata baru buat PAS. Batu bukit buat BN ! Blogger dari bilik boleh bungkus kain baju sekarang. Analisa kumal kamu tidak lagi releven. Analisa kamu sudah jadi Terubuk masin impot !
PAS dan jenteranya, kini begitu bersemangat, dengan semangat juang yang tinggi, biarpun pelbagai teori 'ramalan' diberikan oleh blogger dari bilik. Langsung tidak menjadi kudis yang menyakitkan ! Malah aku kagum kerna kerja kerja jihad untuk kemenangan PAS berterusan dipadu di situ.
Catatan pagi ini setelah melihat selama berada di Sarawak, aku yakin dengan janji Allah untuk islam. PAS akan menawan sekurang-kurangnya 2 DUN, dan insyaAllah Sadong Jaya akan memberi kejutan maha dahsyat.
Sumber yang rapat dengan aku dari Semenanjung kini menyatakan seluruh negara bersolat hajat untuk kemenangan PAS di Sarawak. Ingat ! Munajat dan doa adalah senjata terakhir yang ada pada semua pejuang pejuang islam di sini. Harapan yang semakin gemilang biarpun dinafikan oleh musuh musuh islam. Semoga islam terus ber'syiar' di Sarawak. Yang jelas, Sarawak akan berubah.
(*) Catatan lewat dari bumi Sarawak.
April 15, 2011 at 9:20 AM
Heder April 15, 2011 at 7:40 am said
Your comment is awaiting moderation.
Kira kira sejuta rakyat sarawak berkumpul mendegar ceramah nuar brahim mlm tadi di serian….sejuta lagi berdiri dijalan jalan raya di kuching…..dilaporkan jalan jalan diseluruh negeri sarawak jammed selama sepuluh jam kerana berjuta juta rakyat sarawak menunggu utk menyambut kehadiran pemimpin anugerah tuhan ke bumi kenyalang….kira kira tiga juta org muda sarawak bagaikan dilanda histeria di bandar kuching menyambut anuar brahim….dijangkakan pakatan rakyat akan menang mudah di sarawak dgn menang di 52 kerusi dan anak kristian pertama ditabal menjadi ketua mentri sarawak baru bian dan anuar ibrahim akal mwnjadi penasihat ekonomi sarawak yg pertama….pejabat kerajaan negeri sarawak dilaporkan sedang dipantau oleh unit amal pas dimana mereka bersedia pada bila bila masa utk menceroboh masuk utk mengambil bertimbun timbun fail yg akan dijadikan bukti dimakamah nanti…pejabat taib mahmud sudah sedia dikepung oleh unit amal pas yg diketuai oleh khaled samad….semua unit amal komando pas yg ditubuhkan oleh nizar jamalaudin diarahkan membawa kamera dan merakamkan semua gambar gambar fail dan kabinet yg akan bertarabur dilantai utk dijadikan bukti taib mahmud membawa lari fail fail penting yg disyaki rasuah besar BN….inilah laporan terbaru saya di kuching sarawak
Reply
April 15, 2011 at 9:34 AM
InsyaAllah wak...doa kami semua untuk kemenangan PR nanti untuk tumbangkan b-end di sarawak dan PRU13 nanti....Allahhuakhbar!!!
April 15, 2011 at 10:51 AM
terharu dgn semangat dan kerja keras kawan2
tahniah!
April 15, 2011 at 10:52 AM
InsyaALLAH PR mampu menawan Sarawak, dan Putrajaya...
negara ini harus berubah demi masa depan anak bangsa dan agama...
April 15, 2011 at 3:18 PM
Yakin Dgn KUASA Allah ...
April 15, 2011 at 4:00 PM
KOTA BHARU 11 April - Bekalan air Kelantan yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) apabila beberapa peserta membangkitkan isu itu dalam Dialog Suhakam Bersama Rakyat di sini, hari ini.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam ketika menjawab soalan peserta berkata, kemudahan asas termasuk bekalan air adalah tanggungjawab kerajaan dan pihaknya akan melanjutkan masalah itut untuk dibincangkan.
Sebelum itu, seorang peserta mendakwa, dia bertindak memotong bekalan air ke rumahnya kerana setelah empat tahun membayar bil, tetapi tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya.
"Saya kecewa kerana bekalan air sejak dahulu lagi bermasalah sehinggalah empat tahun lepas saya kembali semula ke negeri ini, masalah yang sama masih berulang.
"Saya malu apabila mendapati rakyat di negeri lain telah lama menikmati bekalan air secukupnya, tetapi saya hanya membayar bil air bertahun-tahun, tetapi air tidak naik ke atas rumah dua tingkat yang saya sewa," katanya.
April 15, 2011 at 4:01 PM
KOTA BHARU: Lebih 300 peniaga Arked Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dekat sini pulang kecewa, apabila Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang diharap mampu menyelesaikan kemelut berkaitan Bazar Tok Guru, tidak hadir pada sesi pertemuan antara peniaga dan pemimpin negeri, semalam.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB, Ab Salim Ahmad, berkata tindakan kerajaan negeri itu membuktikan mereka terutama Nik Aziz sudah menutup pintu perbincangan bagi menyelesaikan masalah peniaga terbabit. Katanya, peniaga menagih janji dibuat Nik Aziz sebelum pilihan raya umum lalu, yang menjanjikan tempat berniaga selesa dan minta ia ditunaikan kerana janji itu keluar dari mulut seorang yang dianggap sebagai alim ulama serta dihormati masyarakat. “Persatuan sudah menghantar surat kepada Nik Aziz serta Exco kanannya supaya hadir ke Bazar Tok Guru hari ini bagi mengadakan pertemuan selain melihat sendiri keadaan ruang niaga di bazar berkenaan.
“Namun kami terasa amat kecewa, apabila Nik Aziz serta wakil kerajaan negeri tidak hadir, sekali gus membuktikan mereka sudah menutup pintu perbincangan bagi menyelesaikan kemelut bazar ini. Hanya Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang hadir.
“Keadaan ini membuktikan kerajaan negeri sudah menganaktirikan kami selain membuka sikap sebenar mereka iaitu susah untuk mengadakan perbincangan," katanya di sini, semalam.
Kemelut peniaga ini bermula apabila Bazar Tok Guru yang akan menempatkan mereka berniaga, tidak memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dijanjikan, dengan ruang niaga yang sempit serta dijual pada harga tinggi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Othman, berkata hasil siasatan didapati Bazar Tok Guru selamat untuk diduduki mengikut spesifikasi keselamatan kebakaran.
Katanya, laluan yang disediakan bagi membolehkan tugasan menyelamat sekiranya berlaku kebakaran serta kemudahan alat memadam kebakaran memenuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
April 15, 2011 at 4:01 PM
Pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan DAP begitu bersungguh sungguh berbohong kepada rakyat. Pisau melihat ini adalah situasi yang sama semasa PRU12 di tanah semenanjung. Bulan dan bintang bagaikan boleh jatuh ke riba dengan janji janji mereka.
Namun apa yang pengundi dapat?Di Pulau Pinang,kerajaan negeri yang diperintah oleh kerajaan sosialis DAP bukan saja tidak menunaikan janji.Kerajaan DAP yang dikatakan "berkebajikan" ini lebih banyak menindas,zalim dan kejam.
Kelmarin sekumpulan penternak burut walit dari negeri Pulau Pinang telah mengadakan bantahan di Komtar Walk.Hampir 200 orang berkumpul sambil memegang 20 banner
1) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! KERAJAAN PUSAT ANGGAP PERINDUSTRIAN BURUNG WALET SEBAGAI STRATEGIC AREA, TETAPI CM LIM GUAN ENG MAHU MATIKAN SECTOR TERNAK BURUNG WALET INI !!!
2) KERAJAAN PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! PENGUSAHA BURUNG WALET MEMBAWA MASUK PENDAPATAN DARI NEGARA ASING, TETAPI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG CUBA MEMUSNAHKANNYA!!! CM LIM GUAN ENG ZALIM TERHADAP PENGUSAHA BURUNG WALET!!!
Ke semua yang terlibat adalah kaum Cina. Semasa bantahan berlangsung mereka melaungkan perkataan di dalam bahasa Cina membantah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka.
DAP berkempen dihadapan kaum tionghua dengan pelbagai cerita cerita bombastik,tetapi realitinya mereka hanya banyak bercakap bohong daripada yang benar dan berfakta.
Semua orang sedia maklum Lim Guan Eng cukup terkenal dengan taichi dan putar belitnya.Pembohongan beliau di Sarawak cukup memualkan. Apa yang dijanjikan oleh DAP sebenarnya lebih kepada mahu meraih undi semata mata.
Guan Eng sibuk berkempen di Sarawak dengan pelbagai janji kononnya mahukan perubahan,perubahan yang bagaimana? dari baik kepada yang buruk seperti di Pulau Pinang?Rakyat Sarawak harus berhati hati dengan politik gampangan DAP.Mereka berkempen lembut gigi dari lidah.
DAP sebuah parti yang penuh dengan sentimen kejahatan,hasutan dan kebencian.Mereka tidak tahu berpolitik secara baik.Hanya kebencian saja yang menjadi resepi meraih undi.
Selamatkan Sarawak dari kejahatan DAP.!
April 15, 2011 at 4:03 PM
KUCHING, 14 April (Bernama) — Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Gereja Sarawak hari ini melahirkan rasa kesal atas tindakan pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan sidang media berhubung perjumpaan mereka serta
menimbulkan isu kontroversi mengenai kitab Injil di sebuah hotel di sini.
Setiausaha Agung persatuan Ambrose Linang berkata perjumpaan itu hanyalah majlis sarapan yang diadakan pagi ini secara tertutup dan pembangkang telah bersetuju dengan permintaan persatuan agar tiada sidang media diadakan berhubung perjumpaan itu.
"Persatuan kami menerima jemputan daripada Pengerusi PKR Selangor Teresa Kok semalam untuk bersarapan bersama-sama, dan kami bersetuju dengan syarat tiada perbincangan berkenaan politik dilakukan, kerana kami adalah non-partisan.
"Sejurus tamat majlis tersebut kami terus beredar. Namun saya kesal kerana diberitahu bahawa mereka (pembangkang) telah mengadakan sidang media, walhal perkara ini (tidak mengadakan sidang media) telah dipersetujui bersama," katanya
ketika dihubungi.
Ambrose berkata pihaknya akan meneliti perkara itu, dan jika didapati kenyataan yang dikeluarkan pakatan pembangkang mempunyai unsur politik serta berkait dengan perjumpaan itu, pihak gereja akan mengeluarkan kenyataan rasmi.
"Sebelum kami buat pertemuan, saya telah bincang dengan Teresa bahawa kami ahli gereja tidak mahu membuat sebarang sidang media, dan kami juga harap mereka tidak akan mengadakan sidang media, sebab kami tidak mahu ada pihak putar belit," katanya.
Namun, sejurus tamatnya majlis bersarapan itu, pakatan pembangkang telah mengadakan sidang media.
"Kalau nak jumpa untuk berkenalan sahaja, itu tidak menjadi masalah kerana kami adalah ahli gereja, non-partisan. Kami bersedia duduk semeja dengan mana-mana pihak termasuk seperti perjumpaan semalam dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.
Perjumpaan itu dihadiri lapan ahli jawatankuasa persatuan dan pemimpin kanan pakatan pembangkang seperti Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bapanya yang juga veteran DAP Lim Kit Siang. – BERNAMA
April 15, 2011 at 4:05 PM
Koo Ham akui Anwar dalang 16 September
Agenda rampasan kuasa 16 September 2008 yang digembar-gemburkan sebelum ini akhirnya terjawab dengan pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-DAP) Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham semalam.
Koo Ham mengakui bahawa rancangan berkenaan dicetuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Koo Ham juga menyifatkan rampasan kuasa itu sepatutnya berlaku kerana 45 wakil rakyat BN yang didakwa golongan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah menyuarakan hasrat untuk menyertai Pakatan Pembangkang kepada Anwar.
Menurtunya, mereka mahu menyertai Pakatan Pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
“Anwar yakin (rampasan kuasa) akan berlaku kerana mereka (45 wakil rakyat BN) nak masuk Pakatan,” katanya ketika mencelah perkara yang dibangkitkan ADUN Pengkalan Hulu Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali.
Tajol Rosli Ghazali semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Raja, Raja Dr Nazrin Shah menyoal wakil rakyat pembangkang siapa yang merancang ‘rampasan kuasa’ berikutan perancang 16 September yang diuar-uarkan Anwar.
Sambil merujuk kepada peribahasa ‘jangan jadi ketam yang mahu ajar orang lain berjalan lurus’, mantan Menteri Besar itu mengingatkan pemimpin Pakatan Pembangkang supaya berhenti menyalahkan BN terhadap peralihan kuasa yang berlaku di Perak.
Pada masa yang sama, Koo Ham turut mengakui salah satu sebab rampasan kuasa 16 September itu tidak menjadi kenyataan adalah kerana rancangan itu mendapat tentangan ramai ahli Pakatan yang lain.
“Saya sendiri ada menghadiri mesyuarat membincangkan rancangan rampasan kuasa 16 September itu dan saya membantah kerana saya lebih mempercayai demokrasi rakyat daripada rampasan kuasa,” katanya.
April 15, 2011 at 9:28 PM
Tak larat nak baca komen anon yg panjang kat atas. Baik lu buat tesis PhD la lg baguih...itupun kalu layak dan dah ada MA.
Anon atas utuh bungul
April 15, 2011 at 10:38 PM
rakyat sarawak perlu berubah ke arah hidup yang lebih baik..ada KM islam pun sibuk dgn bini dan kroni...lebih teruk dr bukan islam..tengok jiran2..t/hidup tinggi..rasuah?? rakyat jelata bukan nak kaya taraf jutawan...marilah MENUJU MALAYSIA BARU...terlalu byk kepincangan dlm semua institusi kerajaan sekarang ini..rakyat dah muak dan cuak..hidup rakyat malaysia makin susah...tak percaya ke???
April 15, 2011 at 10:39 PM
woii.. anon BN pungkok hang! umngok bungok! jgn nk wat sandiwara kt blog wak banjar nihh.. g beramboss la lu! kucur sudaa.. endog nya wes ilang! hahahaha.. selamat maju jaya PR di sarawak! TAKBIR! -THE HELIX-