Blogger@Sarawak - Kamik 'malu' sama Pehin !
Jika kamu ber'bin'kan taib atau mamut, itu sudah kira kamu punya lesen besar sinik. Lesen besar untuk rampok tanah urang asal. Urang beli tanah 1 ekar kurang lebeh mau perlu ada RM150 ribu kalau di Semenanjung. Tapi di Sarawak, kalo punya itu bin, kamu bayar saja RM250 ringgit seekar. Itu 'urusniaga'nya.
Ringkasnya, keluarga punya bin ituk, beli tanah urang Iban dengan harga hanya RM250 seekar. Gila..! Itu pasal kalo kamu pergi ke mana-mana tempat di bumi Sarawak inik, kamu akan lihat hartanya milik Taib atau keluarga terdekatnya. Merata-rata. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah terus dengan melihat jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya, bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga. Gila punya kaya !
Malam-malam di Kuching terus dingin. Angin perubahan yang kuat, buat langit kelabu bandaraya ini dilimpah air hujan yang banyak. Dipinggir bangunan hotel murah Taipan (Taipan Hotel), tidak jauh dari 'sarang' aku bersemayam, yang jaraknya sekitar 5 penumbuk jauhnya dari hotel lendir itu, aku lihat wajah-wajah manusianya keluar dan masuk pintu kusam bersama wajah yang kurang bermaya. Aku kira mungkin letih memadu bahtera. Aku kira saja. Bukan menuduh !
Dan itu juga yang kini membelenggu Sarawak. Huninya semakin tidak bermaya menungkah hidup dibawah regim seorang Taipan. Sedang Taipan disisi gundik baru, enak dan ketawa mengira wang yang berjuta. Hartaku di merata ada, sebut saja...itu aku punya. Hahahaha..! Sedang rakyat terus derita dengan sekadar berhuma di pinggir-pinggir jalan menuju ke kota. Bagi warga, punya wang RM500 itu sudah dikira kaya di Sarawak. Gilaa..! Kaya yang sementara, sebelum habis disedut oleh belanja hidup yang semakin mahal.
Jika kamu ingin 'mengeteh' di Sarawak khususnya di warung-warung kopi pinggir jalan disepanjang jalan menuju ke merata 'harta'nya, kamu lupakan saja ! Kerana jawabnya , TIADA warung kopi.
400 km perjalananku sehari menyusuri DUN ke DUN di Sarawak bersama Hj. Anuar Hashim, (Perakite) dengan kereta sewa, untuk berjumpa warung seperti itu, sangat mustahil. Itu pasal di daerah pendalaman, tiada istilah 'politik kedai kopi'. Yang banyaknya, 'politik' kayakan YB sendiri. Itu benar ! Siapa yang mampu sangkal..silakan ! Aku buka gelanggang sekarang !
Lewat petang itu, aku bertuah dapat bual-bual sama 3 anak muda yang aku jumpa di Kuching. Mulanya mereka malu-malu saja. Tapi bila sapaan sambil tangan menghulur sebatang dua rokok, bualan jadi rancak dan bersahaja. Mereka urang Asal dari daerah Betong. Jauh sih..kalau mahu ke sana mau kamu naik turun ferinya aja 4-5 kali baru sampai.
Suara anak muda. Semakin benci sama itu Pehin..! Lantas, 16 April ini, siap kamu..! Urang asal dari Iban, Bidayuh akan 'ajar' kamu ! Kuasa undi lebih kuat dari kuasa 'sihir' bomoh -bomoh kamu yang jembrot ! Suara anak muda itu mahu perubahan pemerintahan untuk Sarawak. Sarawak Baru. Nah..Baru Bian katanya..! Hebat bah..!
0 comments:
Post a Comment