PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX - Mabuk kohong ! Untuk para isteri - Wajib baca !

Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri bukan saja syiok dipandang, malah rajin memandang*. Suami tidak peduli saamada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Foto : Maaf kerana tersalah letak gambar lagi, terletak foto ni la pulak..!

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la nak kata apa ! Takut nanti ada isteri yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi.

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya.

Kerana itu, seboleh2nya...jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya. Kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer.

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Yang penting, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”.
_
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.

Sekalipun berapa anak yang diperolehi. Suami tetap merupakan “Anak Sulung”, walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan.

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka juga boleh terlupa yang dirinya tua dan sudah bergelar suami. Wak cakap betul tu ! Ini kerana, walaupun sudah tua tetapi bila diasak dengan naluri yang sifatnya 'lelaki', maka jiwa mudanya pasti keluar kembali, kecuali suami-suami telah di tabir oleh keimanan yang tebal. 


Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan dirinya tua bila berhadapan dengan perempuan yang muda, lazimnya akan dibahasakan ssebagai ‘Pak cik’. Hal ini bukan saja-saja dibuat, tetapi adalah dengan sengaja di lakukan demikian bagi memadamkan segala keinginan 'baru'. 


Jika ada suami tiba-tiba terlupa sebut "pakcik" tetapi minta dipanggil 'abang', hmm..! Mabuk Kohong ler jawabnya..! Jika itu terjadi, maka ada isteri yang tiba-tiba jadi 'janda', atau yang tak boleh terima, pi toreh muka suami tanpa diduga. 

Seperti yang sering dinyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram, dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. 


Yang lebih hebat lagi, jika ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isterinya dirumah, kerja lain tak dak, dok mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Apalagi, jom la poligami..! Amboi..syokkk nampak ? Setuju mai komen, tak setuju pon boleh komen..lawan komen APA MACAM ?

VIDEO TONTON UNTUK MALAM INI - NASI LEMAK IBU DAN ISTERI, ENAK SEPANJANG HAYAT !


20 comments:

  1. Natasha said...

    kalu nak isteri masak, basuh baju, senduk nasi..pergi cari pembantu rumah.

  2. CUPING MERAH said...

    best plak citer wak ni..ha ha ha ha.mohon kopipes

  3. Suami juga said...

    Ya.....tapi kena cari pembantu rumah yg cantik la ....sedap mata memandang .....

  4. Suami juga said...

    Ya ....tapi pembantu rumah yg muda dan cantik .....sedap mata memandang juga kan????

  5. Anonymous said...

    itu isteri yang tak bekerja... yang bekerja macamana.... suami penat hanya di tempat kerja... para isteri dahlah penat bekerja...kat rumah banyak lagi kerja menunggu.... sesungguhnya para suami pikir2kan....

  6. ghostdart said...

    cara yg paling baik kalo nk dilayan mcm tu, suami la yg layan budak2 bg membolehkan isteri tlg masak, senduk nasi, hidang lauk, dsb....
    as simple as that....you want something then u have to give something back la....
    isteri dh la menanggung seksa 9bln bw perut ke hulu ke hilir, seksa bersalin lg, then berpantang, then jaga baby, sampai la budak tu besar...kalo suami x mampu nk tgkkan dan layan anak yg dia buat tu, so jgn claim pulak isteri x mampu nk jaga suami....the fact is, suami yg x mampu nk jaga isteri dan anak2, bukan sebaliknya....

  7. Anonymous said...

    Tq kerana siarkan artikel ini. I akan sentiasa saring pembantu2 rumah yg nak kerja dlm rumah i. Mimpi lah kalau nak yg muda2. yang 40 keatas dan tak cantik, body out je yang layak kerja dlm rumah i.

  8. Alkafaza said...

    Natasha said...
    January 12, 2012 2:48 PM

    kalu nak isteri masak, basuh baju, senduk nasi..pergi cari pembantu rumah

    Xmalukah jadi sorang wanita bleh jawap mcm ni? ker Natasha ni tergolong dalam golongan BETINA !??

  9. Alkafaza said...

    Natasha said...
    January 12, 2012 2:48 PM

    kalu nak isteri masak, basuh baju, senduk nasi..pergi cari pembantu rumah

    BLEHKAH SORANG WANITA JAWAP MCM NI?
    APA NATASHA NI TERGOLONG DALAM GOLONGAN BETINA !????

  10. Seekz said...

    Isteri2 yg bekerja kalau beri komen kebanyakannya tak puashati jek dengan suami2 mereka.. Macamlah kebanyakan suami2 di luar sana tu, tak membantu langsung isteri2 di rumah.. Kalau dah takde kesabaran dan takde kepercayaan kepada Allah.. pegi la cerai suami tu kalau boleh??

  11. pepe81 said...

    alhamdulillah,..,aku dah ade 2 pengalaman dalam alam perkahwinan,.,perkahwinan pertama aku gagal di tengah jalan,.,.bekas isteri juga ermmm senang cakap malas gilo,.,.kali ke dua aku bersyukur sangat sebab tuhan bagi peluang pada aku,.,istri yang sangat menjaga hal aku di rumah,.,dalam masa yg sama x pernah mengongkong aku,.,.aku bersyukur sangat2,.,di beri merasa peluang sebegini,.,amin,.,

  12. pepe81 said...

    alhamdulillah,..,aku dah ade 2 pengalaman dalam alam perkahwinan,.,perkahwinan pertama aku gagal di tengah jalan,.,.bekas isteri juga ermmm senang cakap malas gilo,.,.kali ke dua aku bersyukur sangat sebab tuhan bagi peluang pada aku,.,istri yang sangat menjaga hal aku di rumah,.,dalam masa yg sama x pernah mengongkong aku,.,.aku bersyukur sangat2,.,di beri merasa peluang sebegini,.,amin,.,

  13. Anonymous said...

    Dia suruh tambah lagi satu,untuk membantu

  14. TheSniper said...

    Aku tak kisah. Aku kawin pun pasal Nabi dah berpesan "Umatku yg cukup haul tapi tak berkahwin tidak akan menerima syafaatku". Err... Bini dgn anak2 selalu minta aku masak pasal masakan aku sedap. Hih hih. Kan ke Nabi pun jahit seluar baginda sendiri!? Pertanyaan: Antara Nabi Muhammad s.a.w dgn korang, darjat siapa lebih tinggi? Kih kih kih!

  15. Anonymous said...

    isteri yg jaga hak suami akan insyaAllah akan mendapat kasih syg dr suami..tp, jika isteri yg lalai trhdp suami, besar kemungkinan akan diketepikan suami..jagalah hak suami lebih dr yg lain even anak sendiri..sbb suami menanggung beban keluarga, dunia n akhirat.

    mencari nfkh itu tak wajib pd isteri..jika rasakan kerja isteri membebankan, berhenti keja n tumpukan pada suami, itu lebih wajib..krn itu yg Allah persoalkan kelak..

  16. Anonymous said...

    Best cite wak ni:))) hahahaha NO COMMENT LHO hargailah Isteri anda ..

  17. Anonymous said...

    bukan ke tgjawab suami cari nafkah, bg mkn minum anak isteri, tmpt tinggal dan pakaian?? tugas memasak suami yg patut sediakan...kalo isteri dh bantu masak, bsyukurlah...

  18. PagarBuluh said...

    gelihati dgr korang nih komen yg lelaki nk jugak dilayan yg pompuan malas nak layan..kpd suami atau bakal suami..mintak layan isteri kena berpada-pada jgn lah disebabkan tak dapat layanan menjadi satu alasan utk menggatal kat luar..isteri pun manusia biasa jugak ada keje yg dibuat..utk bakal atau dah jadi isteri..jgn dok buat bodo kalau suami balik rmh..bkn suami mintak dilayan hari2..dan korang bukan sibuk hari2 jgn dok kencing laaa..hak drama kat tv tu kol 2-3, 7-8 mlm blh ada masa nak tgk tapi nak paayan suami nak bertawar..senang citer pompuan yg pikir cam ni jgn laaa nak bernikah buat menambah statistik perceraian kat Malaysia jer..

  19. Anonymous said...

    mungkin Natasha ni belum kawin..
    saya dah berbelas tahun kawin dan anak pun dah berderet, dan masih lagi sgt sayang dgn isteri saya, saya rasa saya ni sgt baik dgn isteri saya dan selalu menolongnya, TAPI saya 100% bersetuju dgn artikel ini, lelaki adalah tetap lelaki ..kpd para wanita ..harap terimalah nasihat dari artikel ini dgn hati yg terbuka utk kerukunan rumahtangga anda.

  20. Anonymous said...

    skang ni banyak suami lupa menjadi suami kepada isteri sendiri...mereka sentiasa berkelakuan menjadi suami kepada isteri orang lain...dan sebaliknya juga...apa kata para isteri dan suami kembali kepada peranan hakiki masing2...

    she

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |