18SG : Sapaan Malaikal Maut, bandung tempayan dan ajal
albanjari
Sudah hampir 10 tahun aku ikut team 'Unit Sembahyang Mayat' masjid aku pergi solat jenazah merata tempat. Oleh kerana tempat aku ini berada di sempadan 3 negeri, maka peluang aku pergi ke 3-3 negeri (Kedah, Perak dan Penang) memang jadi rutin.
Setiap hari ada saja panggilan untuk solat jenazah. Jenazah parti UMNO ka, PAS ka, atas pagar kaa, pergi belaka..!, kecuali jika aku sendiri sakit tak boleh pergi. Jarang sangat yang join solat jenazah dilihat orang muda. Banyaknyer orang tua kategori pencen dan uzor.
Bagusnya mereka yang tua dan uzor itu, ialah jika ada kematian, mereka ini lah orang yang ramai sekali dan awal berada di sof hadapan, kedua, ke-3, ke-4 dan seterusnya. Awal mereka datang, kadang sejam lebih awal dari tibanya jenazah. Macam-macam bacaan dilihat dari kumat-kamit mulut mereka merai jenazah yang akan dibawa ke ruang solat.
Tapi yang tak bagus apabila tiba selesainya solat jenazah dilangsungkan. Dari banyak-banyak pintu masjid, boleh depa buka 1 pintu saja. Yang lain semua depa katop (tutup) tak bagi orang kuar. Nak keluar, haa..ikut ler pintu yang satu tuu !
Kesian kat orang yang tua dan uzor, terpaksa berasak2 dalam ratusan orang nak keluar. Tak kurang yang semput dan kurang nafas kerana terpaksa berhimpit. Itu semua pasal waris simati nak agihkan 'sedekah'. Baca 'sampul' duit.
Aku pelik sungguh, niat baik waris simati nak bagi sedekah 'duit' tu jadi 'sengsara' pulak untuk yang datang solat. Apa salahnya bukak semua pintu, dan letak ler waris2 hangpa yg ramai tepi pintu masjid kalau nak bagi sedekah pun, yang datang tu bukan semua harap sangat 'sedekah' duit. Aku yakin ramai yang hadir tu kerana tuntutan fardhu kifayah. Ikhlas.
Tapi yang aku lihat, ramai waris simati (muda-muda, yg tua pun ada) dok melepak tepi masjid sambil sedut rokok dan kepul2 asap masa orang lain dok berasak keluar. Kalau mai sekadar hisap rokok sambil pakai songkok 'hitam' tinggi-tinggi, baik duduk kedai kopi lagi bagus. Apa salahnya pi tolong waris hangpa yg lain tu pi tunggu kat pintu lain, kurang2 pun selesa la jemaah yg datang tu nak keluar. Tapi buleh hangpa gelak-gelak tengok ada jemaah yg tua hampir jatuh tersadung tepi pintu.
Aku tulis pasal aku lihat 80% tempat aku hadir solat jenazah macam tu. Tempat lain tak tahu. Tapi aku memang tension tengok. Kesian ler kat pak aji-pak aji yang dah tua tu. Semput depa dok berasak2 ramai-ramai. Entah bila la benda macam ni boleh berubah.
Rasulullah SAW berkata : ” Siapa yang keluar bersama jenazah dari rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan dan mengiringinya sampai ke pemakaman untuk memakamkan, baginya pahala sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut mensolatkannya kemudian ia pulang ke rumahnya (tidak ikut ke pemakaman), baginya pahala sebesar gunung Uhud”. (HR Muslim).
Terus bermuhasabah. Betapa kematian itu tidak ragu menjemput umat Muhammad tidak kira masa dan ketika. Apabila sampai ajal, bercerailah roh dan jasad. Ada siapa yang pantas dan mampu 'negotiate' dengan malaikal maut untuk diberi tempoh ajal direntap?
* Pagi ini seusai solat jenazah berakhir, jamaah yang hadir disediakan air bandung tempayan. Sejuk dinginnya memang menyegarkan. Hanya di masjid jamek ini saja yg menghidangkan bandung tempayan. Tempat lain memang tak jumpa. Tempayan beb !
Tapi ada juga masjid di kariah ini yang lebih brutal, hidangkan 'rokok' setalam penuh. Ada Dunhill, ada Benson, ada Marlboro. Perh..! sadis melihat bapak-bapak tua yg datang pekena 'asap' sebelum melangkah naik ke ruang solat untuk sembahyang jenazah. Apa punya budaya ! Masjid Jamek mana, wak tak mahu sebut. Tapi YB Idham Lim tahu dimana. Mugkin 10 atau 20 tahun lagi, harapnya jangan ada yang hidangkan arak halal cap 'barbican' pula. Mahu pengsan orang kampung terkejut! Pasal orang kampung mana tahu botol hijau tu bro ! Dan bandung tempayan ketika itu telah jadi sejarah. Tidak lagi dapat dirasa.
Sedikit tazkirah dari ustaz MRK albanjari berkaitan kematian. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.
Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.
Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.
Rasulullah SAW bersabda dan Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)
(*) Wak - Apakah dengan kemasukan ulama' ke dalam parti yang pekat semangat assobiyah dan sekular itu akan bisa mengembirakan roh-roh arwah bapa mereka di barzah? Wallahu'aklam.
March 21, 2011 at 12:07 PM
Wak,
Teman selalu pekena "Barbican" pabila pekena nasi kambing dikedai Arab.. tapi ngaper miker kata Arak "Barbican" ... tak halal ker barbican tu..
Mus
Anak Perak
March 21, 2011 at 12:46 PM
Mus,
sapa kata haram? Kat umah aku pun ada botol tu..! Aku pun minum..cuma orang kampung expertasi lain macam. Lebai kampung lain mus..! Hahaha..!
RICH
Non alchoholic malta drink
March 21, 2011 at 1:09 PM
aku belum air tu.... haramnya kat mana, kat botol ke kat iar ke atau masuk malaysia cara haram ?