18SX : Secangkir teh cina, dan anoi yang tidak ber"sunat" !
Dari jauh aku ternampak di gigi jalan masih banyak meja kosong. Ini waktu peralihan – agak terlewat untuk minum petang dan agak terlalu awal untuk makan malam. Kalau mengikut apa yang dikesahkan oleh arwah Nenek aku – ketika inilah hantu banyak berkeliaran. Waktu-waktu bagini mengikut arwah Nenek, Sang Hantu sedang berpesta.
Diwaktu ini juga aku telah bersedia untuk menjadi hantu. Lalu aku menarik sebuah kerusi dan duduk. Aku melihat diri aku kesaorangan duduk di meja bulat yang besar. Café ini telah lama menjadi pilihan. Aku sengaja menggunakan perkataan café disini – untuk mengingatkan kota Paris. Tetapi ini bukan café di kota Paris – ini kedai kopi China Apek dekat Jalan Petaling.
Aku menggamit Apek Seluar Pendek Berbaju T. Lalu meminta secangkir teh China. Kalau di kota Paris aku telah memesan secangkir air anggur merah. Aku tak punya alasan kenapa aku memesan the China. Mungkin nak mejaga kesehatan.
Di hadapan ada lagi sebuah meja bulat besar. Di meja hadapan seorang lelaki yang aku tidak pasti mukanya kerana belakangnya berhadapan dengan aku. Disebelahnya seorang gadis China – mungkin awal tiga puluhan.
Aku yakin ini China Doll kerana bunyi Mandrin yang aku dengar dari mulutnya. Skirtnya yang pendek menampakkan pehanya yang gebu meyakinkan aku lagi bahawa perempuan China ini sedang berniaga.
Jalan tidak sibuk. Yang banyak mundar mandir hanya anak anak muda dari Eropah yang mungkin menginap di hotel-hotel murah yang banyak di wilayah ini. Tidak kelihatan langsung Minah Cun atau Awang Kiut yang biasanya melaram di daerah ini.
Teh China aku sampai. Aku terperanjat besar. Si Apek tersenyum simpul seolah-olah meminta maaf. Harga seteko kecil telah melonjak ke tiga ringgit – dari dua ringgit. Si Apek dengan senyum cuba menerangkan bahawa semua barang telah naik harga. Lalu aku bertanya tentang harga secawan kopi o, secawan teh susu tanpa gula dan dan dan. Aduh! Semuanya telah berubah.
Tetiba lelaki di hadapan aku menoleh dan berkata ‘ nak pergi Genting’. Aku tak tahu kenapa dia berkata demikian. Apakah muka aku muka seorang penjudi. Kemudian dia bertanya apakah aku ini anak Malaysia. Ini satu soalan yang amat sering aku terima. Aku mengangguk. Dia menoleh dan berkata sesuatu kepada China Doll. Mungkin dia menerangkan bahawa aku ini bukan bakal pelanggan.
Belum sempat aku menuangkan teh aku ternampak seorang perempuan India di gigi jalan. Aku memberi senyuman percuma. Ini satu perlaboran yang tidak memerlukan wang ringgit. Pelaboran yang telah aku perbaiki hingga menjadi satu seni. Seni yang telah aku gunakan dari benua ke benua. Kadang-kadang berjaya – kadang-kadang gagal. Jika tidak melabor kita tidak tahu dengan siapa kita kan berkongsi bantal.
Achi ini tersenyum kembali. Aku memberi bahasa badan mengajak dia duduk di meja aku. Lalu Si Achi datang untuk berkongsi di meja bulat. Aku tidak kesaorang lagi.
Si Achi bertanya apa yang aku buat sendirian. Aku pula bertanya asal usul si Achi ini. Aku adalah insan yang paling kurios. Insan yang tak sudah sudah ingin tahu akan kesah hidup orang-orang seperti Si Achi. Ada sesuatu yang menarik aku. Ketika di sekolah menengah dahulu aku tertarik dengan dunia Siti Salina ini. Aku juga terus bertanya dimana bermulanya dunia Suzie Wong.
Aku merasakan Salina, Suzie dan Si Achi ini lebih jujur dari ramai Sang Isteri yang di goddam suami. Kalau mahu mengoddam Siti Salina atau Suzie Wong kita perlu membayar. Kalau Sang Suami menggodam Sang Isteri bukan sahaja digoddam malah dijadikan hamba - memasak, menjaga anak, membasoh, membersih rumah – tanpa satu sen bayaran. Oh! Disini politik feminis aku mula muncul.
Nah ! Si Achi ini menerangkan kepada aku bahawa badannya boleh di pakai untuk menjadi penyedap. Dengn harga yang berpatutan – 50 ringgit untuk satu jam. Wow! Aku terbarai ketawa. Untuk aku satu jam ini agak lama. Apa yang harus aku buat satu jam bersama Si Achi ini? Apakah aku perlu terus bergumpal dan bergusti dengan Si Achi ini untuk memastkan aku tidak kerugian 50 ringgit. Aku ketawa sendirian.
Ketika aku terus ketawa Si Achi ini terus bersurah. Dia berasal dari Bahau. Datang dari keluarga miskin. Duduk dan memburuh dalam ladang sawit. Walau pun miskin dunia Achi ini pada satu ketika dahulu cukup indah. Dia disayangi oleh Sang Suami dan mendapat dua cahaya mata. Tetapi semunya berubah. Mereka diminta meninggalkan ladang kerana kawasan ini telah berubah.
Lalu keluarga ini berpindah untuk mencuba nasib di kota. Mereka mendirikan rumah setinggan dan menjadi penduduk miskin kota di wilayah Sungai Way. Sang Suami membuat itu dan ini. Dalam kemiskianan anak mereka tidak bersekolah. Hidup dalam kota tidak menjanjikan apa-apa.
Satu ketika merka diminta berpindah lagi kerana tanah yang mereka duduki akan menjadi kawasa perumahan mewah. Kali ini nasib agak baik. Keluarga mereka diberi peluang untuk memiliki rumah murah di Perumahan Baiduri. Kelihatan dunia semakin cerah. Tetapi tidak lama kerana ditakdirkan satu hari ketika memboceng bersama suami motosikal mereka dilanggar lori. Sang Suami meninggal dunia dalam kemalangan ini. Mengikut Achi ini terjadi pada tahun 1999 dahulu.
‘Lihat ini..’ Si Achi membongkok dan menunjukkan kepada aku parut di betisnya. Aku ternampak otot betisnya telah berubah menjadi kecil. Apabila sang Suami meninggal maka kehidupan menjadi porak peranda. Setiap bulan perlu ada 363 ringgit untuk membayar hutang rumah.
Si Achi mengambil talipon bimbit. Dia menalipon. Dia bercakap dalam bahasa yang aku tidak faham. Tapi dari lunak bahasanya pasti dengan orang yang disayang. Betul. Tepat.
‘Anak.. di Melaka ..dah kahwin duduk dengan suami. Anak jantan pun di Melaka. Dia juga dah kahwin.’ Bila aku tanya apakah telah ada cucu Si Achi menggeleng kepala. Apakh Si Achi ini berkata betul tidak dapat aku pastikan ini kerana anak yang tua berumur 28 tahun dan yang perempuan berumur 25 tahun.
‘Setahun sekali hari raya mereka datang.’ Si Achi menyambung surah. Dia menerangkan yang kini dia hidup bersendirian. Mengikut Achi jika dia bernasib baik dalam masa empat atau lima tahun lagi mungkin rumah ini akan selesai dibayar. Dia akan memiliki rumah sendiri.
Aku berfikir apakah dalam masa empat tahun lagi masih ada jantan yang ingin menyewa badan Si Achi ini. Ketika ini umurnya juga telah agak lanjut berbanding dengan China Doll yang duduk dihadapan aku. Malah ramai pendatang baru yang genit dan bergetah dari Indonesia telah mula membuka panggung di wilayah ini. Pendatang pendatang baru yang muda muda ini akan memberi siangan hebat.
Tetiba aku meminta maaf kerana ingin bertanya pekara yang agak sulit. ‘ Achi satu malam dapat berapa pelanggan?’
‘ Dapat lah tiga empat ekor…. China ada .. Melayu ada… India ada. Tapi jantan ini datang lewat malam lepas jam sepuluh. Awal-awal macam ini jantan ini malu’. Dengan bangganya Si Achi menerangkan sejelas mungkin pada aku.
Apabila aku mendengar perkatan ‘ekor’ ini aku terbarai ketawa. Aku rasa untuk Si Achi ini Si jantan yang datang ini bukan manusia tetapi hanya pelanggan. Ini contoh terbaik sikap seorang yang professional. Alangkah beruntungnya negara ini jika Si Achi ini ketika membesar dahulu disekolahkan. Pasti dengan sikap profesional ini dia akan bijak untuk menjadi CEO disebuah syarikat GLC kita.
Kemudian aku bertanya tentang keselamatan kerana Achi bekerja diwaktu malam hingga subuh. Achi menerangkan bahawa dia merasa agak selamat bekerja di wilayah ini. Pada waktu petang dia akan datang bekerja dengan bas atau keretapi. Dia hanya membawa beg tangan yang agak besar. Didalamnya ada cermin muka kecil, bedak, gincu dan beberapa keping kondm.
Si Achi telah cekap dan berpengalaman. Dia telah membuat kerja ini hampir enam tahun. Dia dapat membaca siapa yang betul betul gersang dan ingin belayar dengannya dan siapa yang cuma ingin datang meraba-raba punggungnya dibelakang lorong-lorong gelap ini.
Kedai kopi dimana aku selalu melepak adalah pusat perempuan-perempuan peghibur malam ini berkumpul. Kedai kopi ini letaknya agak stratejik. Di sekitar kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Tuan empunya hotel telah ‘dikautim’ dan tidak melarang Achi membawa pelanggan. Malah bilik boleh disewa mengikut jam. Dibilik yang sama juga Achi boleh berehat jika telah terlalu lewat malam.
Ketika kami bersembang datang dua orang lagi perempaun India ke meja kami. Mereka berdiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Dari pemerhatian amat jelas dua perempuan ini adalah pemadat. Mereka kurus dan agak comot. Salah seorang kelihatan bermata kuyu - terbuka terkatup matanya kerana serangan dadah.
Oh hampir aku terlupa. Awal tadi ketika aku mula membuka mulut pada Si Achi aku telah bertanya sama ada dia jantan atau perempuan. Aku agak was was kerana di wilayah ini agak susah untuk dikenal pasti yang mana jantan dan yang mana perempuan.
Achi ketawa dan berkata, ‘ kalau saya pondan saya lagi cantik…’ Aku minta maaf dan memberi alasan yang cermin mata aku telah kabur. Achi hanya tersenyum. Kemudian tanpa aku meminta Si Achi mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kepada aku.
‘ Saya orang Islam… tengok…’ Dengan bangga dia berkata.
Aku membaca namanya Zaharah Bee. Gambar mukanya Ache yang agak muda. Mukanya dibalut dengan kain tudung hitam seperti perempuan Shiah yang sering aku lihat gambar dalam internet.
Aku terperanjat kenapa Achi memberikan kad pengenalan kepada aku. Apakah kerana dia ingin memberitahu bahawa perkerjaan ini melintasi agama. Atau hanya ingin membuktikan bahawa dirinya binte dan bukan bin. Apa pun alasan yang ada dalam kepala Achi ketika membenarkan aku melihat kad pengenalannya tidak penting.
Yang penting ialah pada malam itu aku mengenali seorang lagi warga di bumi ini yang telah tercicir dan terpinggir. Kemiskinan pastilah salah satu punca. Si Achi ingin lari dari kemiskinan. Dia wajib mencari 363 ringgit sebulan untuk membayar hutang rumah. Hidup dalam kota bukan enteng. Semuanya memerlukan wang.
Pernah memburuh di ladang sawit, pernah memburuh di kilang tapi hidup masih tidak berubah. Kini umur telah lewat. Tidak mungkin dapat mencarai duit dengan membanting tulang. Dulu di Bahau Achi berdiri di belakang pokok sawit kini Achi berdiri di belakang tiang di lorong gelap Jalan Petaling.(TT)
0 comments:
Post a Comment