PANAS BERAPI - Video adegan seks : Wajahnya seperti Anwar ?
Mungkin kerana terpedaya dengan susuk wajah yang hampir sedikit menyerupai wajah Anwar Ibrahim maka 'jerangkung' Kulim Bandar Baharu berani mengeluarkan ilmu khazafnya dengan berkata bahawa dia sangat yakin pelakon porno itu adalah DIA(Anwar). Sedangkan tak sampai 48 jam video adengan seks bersama wanita muda cina itu dipertontonkan, hari ini si pelaku dengan muka sekupang ala-ala lepas bikin pa chu ceng, Datok T? Trio??mengaku bahawa, "Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.
Terjemahkan antara 2 foto diatas : Ruang Bulatan - wajah yang hampir serupa ?
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin. Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.
Sidang akhbar oleh Johari Abdul sebelum ini menjelaskan bahawa, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.
Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.
Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.
Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.
Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.
Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.
Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.
Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.
Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.
Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.
Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.
Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan. [ sumber dipetik dari MalaysiaKini / MSO dan google ]
Apa kata LELAKI yang dikaitkan dengan FITNAH ini :
Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.
“Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar,” kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.
Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.
“Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang. [ sumber HarakahDaily]
March 23, 2011 at 8:08 PM
alhamdulillah.selesai semua kekusutan.sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang
March 24, 2011 at 6:44 AM
teringat pada kata kata azean"lihat dunia aku anak wayang"ketika menjulang tropi kemenanganya dulu.tiga t ini bagaimana pulak?adakah mereka akan berkata"lihatlah dunia kami...."demi kuasa dan dunia serta kekayaanya,mereka terlupa dengan firman allah swt"DEMI MASA MANUSIA DALAM KERUGIAN".ya allah!!sesunggohnya kami memohon,melutut kepadamu perlindongan,kebenaran dan kemenanagan,amin.
March 26, 2011 at 9:48 AM
anuar al juburinnnnnn