PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bila "jerangkung dalam almari" berkisah tentang si "buncit" !


Apa kata jerangkung-jerangkung ini berkaitan isu adegan seks?

Jerangkung kulim bandaq bahru, “adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.” WOW ! Macam dah tengok jer? 

Jika dikatakan olehnya 110% jelas pemimpin pembangkang merupakan adalah lelaki itu, itu telah menunjukkan kepada kita semua bahawa dia sendiri telah melihat rakaman video itu walaupun beliau enggan mengulas sama ada sudah menonton video itu atau belum. Atas dasar apa dia begitu yakin bahawa lelaki di dalam video lucah itu adalah Anwar?

Tunggu jerangkung lain pulak punya ulasan. Ulasan akan menyusul...



Ayuh PKR bangun seluruh malaysia buat laporan polis, biarkan polis membuat siasatan sebagaimana lajunya pegawai mcmc membuat siasatan sebelum ini, apakah siasatan kes video lucah ini tiada dalam kod penyulitan mereka atau tiada akta dalam menangani video lucah versi fitnah? Si T itu perlu berani ke depan menyerahkan segala bukti kepada polis, atau hanya nanti versi video kambing akan terpapar, akta video lucah hanya digunakan apabila menteri UMNO-MCA saja kot? 

Sebagaimana video chua porno di BP, siasatan cepat polis kepada video yang tersebar laju di johor menyebabkan video yang diletakkan dalam peti surat di Johor terhenti tapi sampai sekarang siapakah yang membuat dan mengambil video aksi-aksi chua tidak pernah dibawa ke muka pengadilan, ini satu komplot yang sengaja dirancang atau ada satu badan yang bergerak atas arahan?

Dua kes yang sama cuma pelakunya satu mengaku, dan satu lagi tidak mengaku. Satu lagi ketua pembangkang dan satu lagi ketua kroni UMNO dalam MCA, imej chua terjejas dan berundur seketika, namun penangkapan tidak pernah dibuat, kemanakah hilang kehandalan polis malaysia. Fakta atau siasatan yang menjurus kepada peringkat sukar disentuh oleh undang undang.

Apakah ini nilai-nilai islam sederhana, tempat dan bukti dikatakan berada di Carcosa Seri Negara yang sewanya mahal seumpama sewa helikopter jejai hantar bunga kepada si sendat? Sedangkan tempat berlakunya penayangan video lucah itu juga telah sedia diketahui, tetapi apakah masih sukar untuk dilakukan siasatan, apakah wartawan yang hadir tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang jenayah dibawah akta yang berkaitan, pasti bila wartawan disiasat, maka sumber asal akan diketahui ?

Mintak sangat tidak berlaku lambakan video yang tersumbat di kotak-kotak setiap peti surat seluruh Malaysia, andai berlaku, suasana pasti akan jadi semakin karut, dan minggu depan kita akan berdepan dengan isu kebanjiran video lucah cetakan pertama, dan sindiket video lucah pula boleh membawa siapa saja yang menyerupai muka yang mereka mahukan. Dengan bantuan teknologi yang canggih kini sudah mampu meniru muka siapa saja. Hebatnya industri filem sekarang kan? Dan pastinya video ini akan kelihatan real dan isu ini tak akan reda sehingga berlangsungnya Pilihanraya Negeri Sarawak, opps..dan juga kena ingat, andai video ini dibawa ke Sarawak, ia bakal menjadi senjata yang paling ampuh untuk memperdayakan pengundi di sana, bagi mengekalkan kuasa pemerintahan sedia ada lagi. Apa nak buat, rakyat terus ter'bodoh' dan dibodoh-bodohkan. [FZT]

5 comments:

  1. Zk Channel said...

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

  2. Anonymous said...

    Alhamdulillah, semasa kejadian dilaporkan; anwar menyebut dalam laporan polisnya beliau berada di rumah bersama isteri, keluarga dan pekerja-pekerjanya.

    Fikirkanlah......

  3. Anonymous said...

    Kalau ikut hukum hudud, Zul Kulim ni kena bawak 4 orang saksi... kalau tak ada.... dia boleh kena pelangkung! tak gitu?

  4. Anonymous said...

    Zul Kulim ni mana nak ikut hudud dah,
    kan sudah pindah stesen, mengampu UMNO APCO.

  5. efendi.hassan said...

    Untuk MP aku yang aku tak pernah tengok batang hidung dia kat kulim ni,

    udah-udah le yeop. habuan dunia tu kecik je kalau nak banding dengan habuan akhirat. nikmat dunia tu sikit saja kalau nak banding dengan nikmat akhirat. azab dunia tu ringan je kalau nak banding dengan azab akhirat.

    akhir zaman ni, ramai orang berpusu-pusu mengejar sedikit habuan didunia untuk kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab yang Allah letakkan pada mereka.

    rajin-rajin la muhasabah diri,moga ditunjukkan kebenaran pada tuan MP. ALLAH tu maha berkuasa.

    "siapa lebih buruk diantara mereka yang berilmu tetapi tidak beramal dengan nya atau mereka yang tidak beramal kerana tidak berilmu" ?

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |