PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX - Ampunn yaa..!! fotonya agak keterlaluan pak !

Maaf ! Ini bukan muka panglima jihad yang nak pi perang lawan kristian tu ! Cerita lanjut baca kat bawah.






Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin.

Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.

Satu gambar menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu. Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.

Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui.

Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.

"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior. Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.

Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru. Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.

Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.

"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross. Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.

"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya. Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International. - the sun.uk

1 comments:

  1. Anonymous said...

    orang asli malaysia pakai jam rado

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |