PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Drama paling cool gua ikut hari ini ! "saksi berwibawa" - go to hell la lu !

albanjari | Sg. Petani
Aku setuju bila hakim bilang begitu. Aku juga setuju bila hakim kata, dia saksi yang sangat berwibawa. Tanpa ada wibawa, dia tak mungkin sanggup 'bawa' 9 jenis mani berbeza versi dan variasi. Perh..! Aku juga setuju dengan kewibawaannya itu bila dia buleh duduk-duduk syiok sambil kunyah karipap dan minum kopi lepas di'lewat'.

Aku juga setuju kata hakim, tanpa hati 'benar' dan penuh wibawa, dia tidak akan rasa begitu 'cool' selepas menikmati 'lewat' tanpa rela itu dengan makan-makan, arghhh..! malah kehebatan yang paling menakjubkan ialah, bila dadanya yang 'kering' diramas-ramas pula.

Gua caya sama lu ! Dan percaya apa jua yang dimahukan oleh mahkamah untuk meminta DSAI membela diri atau tidak..keputusan mahkamah mungkin telah ada untuk sabit dia salah dan dipenjara. Dan bela diri itu sekadar prosedur..dan bagi gua ia satu tindakan yang membuang masa saja..!

LAWAN TETAP LAWAN !



Hakim: Saiful Bukhari saksi benar, berwibawa
Malaysiakini

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah inggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya - menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

2 comments:

  1. PD said...

    blog hebat mmg selalu kena hack

  2. Anonymous said...

    saiful kata DSAI rodok dia dari belakang, sekarang saya cabar ratusan ribu ahli dan penyokong keadilan kenapa tidak rodok saja saiful dari depan supaya *****? keanehan akhir zaman, orang cerdik pun sanggup diperbodohkan, sanggup ikut telunjuk, sedia diperkudakan sebagaimana keputusan yang diumumkan. hendaklah kamu ingat kalau menzalimi orang lain kamu akan diseret ke neraka jahanam.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |