PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Katak slapstik mahu takutkan kristian ?

" kita tak payah pakai otak..cukup pakai kepala 'kote' ", - raja katak@lawak. 

Dulu Jose Rizal pernah menulis "bermaharajalelanya keserakahan". Jika beliau masih hidup dan berada di Malaysia, mungkin tulisannya diberi tajuk "bermaharajalelanya kebodohan" - blogger Amin Ali.



PERANG JIHAD  UNTUK KRISTIAN ?
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini.

Oleh itu kata Hishammuddin (gambar), “biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili.” Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika “anda semua” menjadikannya berpengaruh.

Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan. “... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah,” kata Hishammuddin.

2 comments:

  1. Anonymous said...

    jihadla ko sorang alkataki...selama ni umporno hina islam ko pegi mane???au cadangkan ko pegi bunuh mca dulu...

  2. pokku(putrajaya) said...

    jolol(betul) ko pok brahim wei???yak gedebe benar teh...guana tu???buleh ambik pot ko ni???tahik kucing...be-end?perkasa?alahai....kahkahkah...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |