PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(5) PAS FOR ALL - PAS realitikan 2 calon bukan melayu

albanjari | Kg. Milah
Keterbukaan PAS dan penyokongnya merealitikan 2 calon bukan melayu, iaitu dari bangsa cina bertanding untuk menduduki kerusi AJK PAS Pusat 2011/13. Tahniah untuk calon cina muslim, YB Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah dari Kelantan dan YB Drs. Khalil Idham Lim dari Perak.




"subhanallah, saya yang kerdil dan daif ini termasuk salah seorang dari senarai panjang yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat seperti yang diumumkan oleh JK Pemilihan parti kelmarin, insyaAllah saya akan memberikan jawapan samaada akan bertanding ataupun tidak selepas menerima surat tawaran pengesahan bertanding nanti, dan  terima kasih kepada kawasan PAS yang telah mencalonkan saya" - Drs. Khalil Idham Lim

Jujur dan ikhlas, siapalah saya yang sangat kerdil ini untuk diamanahkan menggalas amanah kawasan -kawasan PAS seluruh negara khususnya yang telah mencalonkan saya untuk bertanding AJK PAS Pusat pada Muktamar PAS tidak berapa lama lagi.

Untuk kali pertama saya telah tersenarai dalam muktamar pada tahun 2009 dalam keadaan setahun jagung menjadi ADUN Perak pada masa itu. Saya gagal dalam percubaan pertama itu. Selepas lebih 3 tahun mengalas tugas sebagai ADUN Perak dan beberapa jawatan lain seperti Ketua Penerangan PAS Perak dan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, saya sekali lagi dicalonkan untuk bertanding.

Saya turut merasa bangga apabila penghormatan kawasan PAS turut mencalonkan sama Dato' Anuar Tan sehingga keadaan ini membenarkan slogan Pas For All yang selama ini kita sama-sama laungkan lebih menjadi kenyataan di dalam PAS. Ia bukannya retorik namun realiti yang dizahirkan oleh PAS kawasan yang mencalonkan kami.

Kehadiran saya yang kerdil ini dan Dato' Anuar Tan bersama dalam senarai 83 orang yang layak bertanding telah membuktikan kepada musuh politik bahwa di dalam PAS kini telah berlaku perubahan paradigma yang besar dimana ruang penerimaan kepada calon bukan melayu sudah melangkaui benteng penguasaan tradisional dimana PAS kini bukan hanya untuk orang melayu sahaja.

Kewujudan Dewan Himpunan penyokong PAS (DHPP) adalah pukulan maut kepada UMNO yang selama ini menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sebagaimana slogan lapuk yang dilaungkan UMNO bahawa Islam hanya untuk orang melayu sahaja semakin tidak lagi dilihat relevan, dan seterusnya menyanggah 360 darjah doktrin UMNO yang melabelkan secara tradisinya, sesiapa yang memeluk Islam disahkan dalam perhimpunan agong UMNO, akan bertukar otomatik menjadi melayu. Mana mungkin bangsa asal dapat dipadamkan hanya kerana statusnya menganut islam, tetapi itulah yang UMNO labelkan. 

Kini PAS telah bergerak lebih jauh dengan menolak fahaman perkauman ini, maka bersama dasar Islam yang diperjuangkan selama ini telah membuktikan Islam itu bersifat "rahmatan lil alamin" bukannya "rahmatan lil melayu" seperti yang diperjuangkan UMNO yang rasis.

Kerana itu saya sangat menghargai kawasan PAS yang telah mencalonkan kami untuk bertanding dan tiada kata yang paling layak saya ucapkan melainkan bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah dan petunjuk dan peluang kepada kami memajukan PAS dan islam yang kita sayangi. Terimakasih kepada semua.


(sumber dipetik dari blog cina islam - edited)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |