(3) Pertembungan golongan Ulama dan Erdogen, pastikan gelanggang tempur sama rata..!
albanjari | Kondo Kg. Milah
Pasukan bola Kg. Milah kini terus dilanda 'dilemma'. Ikut kata Tok Sidang kampung 2-3 hari lalu, ketua pasukan bola kampung itu semakin ditekan. Malah di dalam meeting Biro Disipilin JKKK kg. baru-baru ini, AJKnya jelas dilihat swing 360 darjah. Tak patut sungguh, bila ketua pasukan bola itu, Karim terus dituduh menutuh bontot ayam serama si Usin di reban. Nampak sungguh itu fitnah. Ikut suka mak nenek dia jer..si Usin menuduh Karim begitu.
Sedangkan..mengikut report polis di balai, tak ada seekor ayam serama pun direban Usin dijumpai. Yang banyak, itik angsa. Apa barang Usin beriya sangat mempertahankan tuduhan itu sampai sanggup bersumpah-sumpah di depan rumah Imam itu hari ?
Bertambah jelik, AJK Biro Disiplin Kg. Milah boleh pulak menyokong tuduhan itu 2 hari lepas. Ketua Biro pulak makin galak buat sidang PC dengan akhbar Sinar Hari-Hari sambil tuding-tuding jari ke langit bilang, Usin saksi yang sangat jujur dan berwibawa.
Mampuih Karim kali ini ! Ikut hukum tajwid Tok Sidang Kg. Cap Kati, memang Karim tak akan terlepas dari dihukum. Nasib kamu Karim, " sudah jatuh dibedik tangga pula.."
Bulan lepas..heboh satu kampung, bila kedai janda bakor pi tayang video seks yang mukanya macam Karim. Terngangga orang kampung, bila dok tengah menyedap itu, terjojol 2 bijik tetek 'kencang' si amoi kg. Kundang di skrin tibi. Tok Imam dan Bilal kg. pun tak upaya nak menahan video seks tu ditayang di kedai janda Bakor. Ini arahan katanya...! Video seks itu halal ditonton. Sudahnya..Karim dah tak serupa Karim. Kesian dia. Sejak bila pulak si Karim tu boroi ?
Nasib Karim tak ubah seperti 'telor dihujung tanduk'. - nanti wak sambung lagi yaa..! Panjang intro posting wak malam ni. Tapi sangat berkaitan.
Nasib Anwar tak ubah macam nasib si Karim. Ini kerana sekiranya Anwar sabit bersalah dan dijatuhi hukum, maka ketiadaan Anwar ketika itu mampu memberi kesan negatif yang besar terutama kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Isu Anwar sangat dilihat begitu diversif dalam PAS, yang mana telah diketahui telah menimbulkan pertembungan 2 golongan yang dikuasai ulama dan golongan yang menyokong Erdogan.
Kini jika Anwar terpenjara maka usaha kumpulan Erdogan yang lebih vokal, dalam PAS untuk menguasai kepimpinan khususnya di dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih penting bagi memberi impak baru untuk kekuatan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Dan strategi ini dilihat sangat penting bagi PAS yang sepatutnya boleh dilihat sebagai mampu mengambilalih peranan PKR.
Apa pandangan anda dalam isu ini. Apakah perlu di kemuncak pemilihan muktamar PAS yang akan diadakan bulan depan, calon yang menyokong kehendak massa khususnya dari golongan yang dilabel Erdogen perlu diwajarkan berada di kedudukan yang penting di dalam organisasi PAS Pusat seterusnya mendokong hasrat massa mengapalai perubahan.
Tetapi di dalam masa yang sama tetap kukuh menghormati golongan ulama yang kekal kukuh menunjangi kekuatan parti.
Tetapi di dalam masa yang sama tetap kukuh menghormati golongan ulama yang kekal kukuh menunjangi kekuatan parti.
Wak tinggalkan persoalan di situ. Dan bolehkah siapa-siapa mampu menonjolkan nama atau calon-calon yang dilihat layak menerajui perubahan besar ini ? Calon itu wak kira sudah ada dihati anda, kita kongsi bersama bersama pandangan dan hujah masing-masing di sini. Wak buka pintu gelanggang sekarang !
May 17, 2011 at 11:40 PM
tiada sesiapa pun kehilangan hak sebagai ahli PAS, kecuali mereka yang dikenakan tindakan oleh badan disiplin parti.
Sesipa yang cuba melaga-laga ahli parti, atau mengada-ngadakan cerita berita karut, atau mengambil apa-apa tindakan diluar peraturan parti,atau bersikap sangka buruk terhadap pimpinan parti, semua perbuatan ini bertujuan memecahkan belah kesatuan ahli-ahli PAS, merupakan kelompok MUNAFIK TULIN dalam perjuangan Islam(sila baca bacaan Munafik dalam perjuangan Islam dizaman Rasulullah SAW).
INGAT! INGATLAH SAUDARA KU! KELOMPOK MUNAFIK LEBIH TERUK DARI UMNO.
May 18, 2011 at 1:31 AM
aku sangat sokong komen puakPas...wak banjar pun jangan jadi batu api label melabel...erdogan la ulamak la perpaduang la....tok guru presiden dah pesan awal2 lagi jgn ikut gendang lawan...
kadang2 aku pun tak paham dgn blogger2 yg kononnya penyokong/ahli PAS ni?