PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bank Islam mahu telan Bank Muamalat ?

albanjari | Metro KL
Jika dulu ada bank nama Multi-Purpose, baca ikan bilis pi makan sampai boroi bank besar berstatus naga. Kenyang bilis tu sampai sekarang ! Selepas 10 tahun, kini ribut orang kg. milah bilang, ada bank besar, mesin duit ATM dia pun semalaysia ada lebih 600 bijik nak telan bank bilis pulak. Ikut hukum tajwid, normal laa..tu ! Besar telan yang kecil. 

Tapi bilis yang nak ditelannya itu, bukan boleh bagi kenyang, kata tok ketua kg. Milah, bilis yang dia nak telan, kalau buat sambal nasi lemak pun belum tentu boleh bagi untung makcik rosmah, gitu ler kata mak bidan kg. Milah.

Tapi ada lebih kejutan mungkin berlaku ! Baca seterusnya dibawah. 



Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB?
PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi. (Mkini)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |