(Update Terkini ) - Tragedi tanah runtuh timbus anak yatim !
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini. Laporan penuh dibawah.
TRAGEDI TANAH RUNTUH TIMBUS ANAK YATIM !
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.
Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid. Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. - BH
Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al -Takwa
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.
Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. -BH
Tanah runtuh : 20 orang dikhuatiri tertimbus
Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.
Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.
0 comments:
Post a Comment