Hangin pagi - syok sungguh 'Depa Kata' cedok artikel UMNO masuk blog..!
Melungsuri beberapa blog sahabat selepas subuh setiap hari, sudah menjadi kebiasaan dan rutin. Ada terjahan menarik dapat dikutip dari blog entah siapa yang mengelarkan dirinya 'Depa Kata..'. Menarik kerana hati jadi panas tiba-tiba. Url blog tu ada aku pautkan di bloglist dibawah..cari sendiri.
depa kata : betoi ka dalam PAS ade syiah?
aku kata : ... emmmmmmmm tak tau la nak kata ape lagi, ade la beberapa kerat pemimpinnya yang berfahaman dan paling kurang menyokong syiah ni, lu orang baca la kat sini - http://syiahmalaysia.blogspot.com
Itulah kandungan petikan lebih kurang yang ditemui. Menarik ker? Macam babun aku tengok. Nak copy paste pun rujuk ler habis-habis sumber asal artikel itu ditulis. Sudahnya blog 'syiahmalaysia' cedok artikel itu dari sumber 'sahabatmantap wordpress'. Siapa group 'sahabatmantap' ni?
Nak aku jawab? Hmm..! Kalau aku jawab cybertrooper UMNO punya hangpa nak kata apa kat aku? Dari tajuk yang ditulis dan hasil tulisan, memang bukan datang dari otak jamaah PAS. Biru belaka..!
Soalnya, jelas dan ketara, artikel yang diterbitkan di blog 'sahabatmantap' lalu dipanjangkan ke blog syiahmalaysia dan diangkat naik pula oleh blog 'depa kata' itu tidak sesuai untuk dikulum telan pembaca. Waspada bro !
Butiran yang diperolehi lebih kepada hasutan. Memecah belah pimpinan. Malah ia ditulis oleh musuh jamaah, iaitu UMNO. Yang hangpa pi cedok syiok-syiok tu buat apa? Nampak tajuk " Bahaya Mat Sabu dan Malaysia " terus cedok masuk ke blog. Cool brother..! Nampak dia pun cedok jugak dari sumber lain. Sudahnya..nah hambek.., sumber dari tulisan penulis UMNO.
Aku belasah blogger-blogger pro Pakatan pagi ni khususnya blog 'Depa Kata' itu bukan nak kata aku ini penyokong Mat Sabu. Jangan gatal ada yg dok lobi aku ni orang 'mat sabu', tapi kalau tahan bubu tu memang aku suka. Boleh dapat ikan..dan boleh jadikan lauk untuk anak bini aku makan. Faham ker?
Malah blog 'sahabatmantap' yg claim mantap tu memang mantap belasah pimpinan PAS, Tuan Guru Nik Aziz, TGHA, dan ramai lagi. Tulisan berbaur racist dan jika terus dibaca, boleh memudaratkan kesihatan. So tak payah baca. Tu pasal aku tak sertakan url blog 'sahabatmantap' tu di sini.
Maaf hangin tak berapa nak elok, semua pasai 'depa kata'. Pagi ni aku kata, selidik dulu sumber ..baru nak cedok..memang tajuk boleh tarik pembaca ke blog, tapi kena faham bro..! UMNO yang tulis tu..! Meroyan ka apa..dok maki UMNO siang malam, sudahnya tulisan UMNO depa pi kutip masuk ke dalam blog PR...jahanam laa..jadinya ! UMNO makin syiok gelak tungging-tungging..hangpa tau ?
May 18, 2011 at 7:01 AM
Wak, hamba adalah salah seorang yg didalam hatinya ada terbuku suadara Mat Sabu ini ada apa2 dgn Syiah.
Semuanya kerana pengalaman diri hamba sendiri. Bukan baca dari blog.
Cuma hati jadi sejuk sikit bia SU sulit dia kata bukan.
Tapi panas suam-suamnya tetap ada. Tolong ubati sakit hamba ini. Atau ianya bukan penyakit?
Sila ke sini sat; http://ibnmustaffa.blogspot.com/2011/05/pendapat-peribadi-hamba-tentang-mat.html
May 18, 2011 at 7:19 AM
salam mazwandi,
terima kasih tinggal jejak. Benar..wak sendiri juga bukan sedikit tahu ttg kaitan mat sabu dan syiah. Nak kena terjah mat sabu ni..dan v-tee kan sekali jawapan dia. Tapi mau kaa dia jawap.
May 18, 2011 at 8:34 AM
betul tu. mmg skrg ni ramai bebenor yg ceduk dari blog lain. makin pusing.. huhu
apapun. tq for your information...