PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX : Minya lenga, minyak dhob dan menuju puncak !

albanjari | Kg. Milah
Semalam mail keling ada bilang sama orang kampung milah, minyak lenga hanya akan dinaikkan 1 Jun ini jika tak ada yang ngada-ngada nak bikin demo. Malah mail keling juga ada janji, minyak lenga gred 95 itu hanya naik beberapa kupang saja. Bukan sampai singgit pun !

Tok Sidang Karim, kata betoi kaa mail keling nak naikkan minyak lenga 95 tu jadi RM2.30 kupang?

Mail Keling tak jawab, tapi mail keling suruh anaknya, si Dhobpi pi ke depan nyanyi lagu 'menuju puncak'. Hairan semua orang kampung milah tengok pasai apa mail keling suruh anaknya pi nyanyi lagu tu ! Lain macam punya tajuk...bisik bidan rosmah yang gemok gedebak ke telinga cikgu bedah semalam. Nyeronghin jadinyer teman yeop ?

Tak mengapa, tok batin muka sembab kita rujuk - tok sidang Karim cuba menenangkan keadaan di dewan JKKK yang dah mula hangat dan meruap-ruap. Dan pada pagi ini baru tok sidang Karim temui jawapan. Bahawa kenaikan harga minyak lenga gred 95 itu ada kebetulan fungsi dengan si Dhobpi nyanyi lagu 'menuju puncak'. Ptuihhh..! Cilakak punya mail keling..cakap surupa keling sudaa..! itulah kata akhir yang tersembur dari mulut tok sidang Karim ketika menatap majalah mangga yang ada tayang gambaq mail dibawah.



adam lambert

Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.

Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini. Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92. (Mstar)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |