(4) Mat Sabu syiah ? Dari bantai mat sabu bagus lagi pi maki UMNO !
albanjari | Kg. Milah
Sejak zaman sekolah aku dah kenal mat sabu. Kenal melalui kaset ceramah dia yang menghiburkan bila bantai UMNO. Nak ambik SPM pun, nak kena dengar ceramah mat sabu dulu, baru pi exams.
Masa aku form six di SMIS Parit, mat sabu jadi lagi ngetop bila dia turut kena bungkus untuk dicampak ke Kamunting. Bila jadi blogger, aku selalu tengok mat sabu depan mata.
Di Kerdau, aku makan sekali dengan mat sabu. Huh ! aku tenung mat sabu puas-puas. Masa dia sembang, masa dia makan..aku lihat jiwanya riang..muka cool, muka tak bawak masalah. Tapi aura dia kuat. Panggil ceramah jika ada mat sabu, jalan boleh jadi jem. Peniaga bihun sup gear box boleh sengih sampai ke telinga. Pasai apa, orang ramai datang. Nak lancar derma jihad, panggil mat sabu. Insyaallah..bergoni duit boleh dapat. Macam-macam kaler ada. Yang tukang kira duit derma pun, melecet peluh. Masa tu boleh tengok muka YDP PAS Kawasan, sengih dia macam laki gatai nak menikah muda. Seronok. Itu hebatnya mat sabu.
Mungkin kerana jiwanya hampir bersama semangat revolusi di Iran, maka perangai dan kelaku mat sabu dah macam Presiden Iran. Ikut suka dia saja. Orang lain tidoq tak dak tilam 9 inci, mampuih tak boleh lelap. Tapi mat sabu boleh lelap mata, lepas telan cokodok 2-3 bijik tepi goni beras...lenalah dia. Panas ? Atap zink tu bro? Tau pukui berapa ? Cuaca pukul 3 petang di Kerdau bukan macam cuaca di Genting bro..! Hmm..itulah mat sabu.
May 18, 2011 at 1:05 PM
menantu gua yg baru balik dari syria pun percaya I say man ini kerja siapa
May 18, 2011 at 3:54 PM
pasai apa abo promot mat sabu kali ni, ada apa-apa kot? nanti apa calon lain kata, anta kena laporkan kesukaan mat sabu antaranya suka menjala ikan, dan makan sate daging batang pinang, tapi jangan bagi banyak sangat nanti darah tinggi.
May 18, 2011 at 4:09 PM
anon 3:54pm - hehehe. ABO akan promote semua calon jika boleh dalam minggu ni. The NEXT baru real calon pilihan akan dilobi habis-habisan di blog sehingga hari pemilihan bulan Jun nanti.
Broker calon boleh pukul tali-paund ABO skrg utk urusan lobi-melobi. Tali-paund telah dibuka mulai sekarang.
Wakakaka...!