PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

2 calon cina tanding AJK PAS Pusat. Calon india muslim mana ?

albanjari | Surau Kg. Milah
Lewat 10 minit yang lalu, Harakahdaily telah mengeluarkan paparan berita dan senarai penuh calon-calon yang akan berentap tanding untuk kerusi-kerusi yang dipertandingkan kecuali kerusi Presiden PAS. Sayembara dan gendang perang sudah dipalu. Gelanggang telah dibuka.

Daripada senarai panjang pencalonan AJK PAS Pusat dilihat sengit apabila 82 calon mengadu 'nasib' bertanding. Dan daripada 82 calon, hanya 2.4% calon yang tercalon dari bukan melayu - cina muslim. Calon-calon itu ialah Drs. Khalil Idham Lim Abdullah dan Dato' Hj Anuar Tan Abdullah. Majoritinya ditandingi oleh calon melayu islam. Nampak sudah cantik tu ! 

Tetapi lebih cantik jika ada calon bukan melayu dari suku kaum India yang muslim turut bertanding. Malangnya calon itu belum ada lagi. Err..Hj. Hanipa Maidin ? Itu mamak bro ! Kita nak pure indian laa..! Takpa..next muktamar harap ada calon islam dari kaum itu. - okay bersambung malam nanti ! 



SENARAI PENUH CALON MUKTAMAR PAS 2011
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato’
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
27. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato’
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato’
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa’ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato’

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula Jun depan. (harakahdaily)

1 comments:

  1. Anonymous said...

    Jangan bimbang, bukan sahaja India Muslim, PAS, Iban, Bidayuh, Kadazan, Pan Asia pun boleh sertai PAS dan mendapatkan jawatan asalkan Islam dan berkaliber untuk menjadi pemimpin.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |