PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(7) Pre-mortem Muktamar PAS 2011 : Berita sampah utk pecah belah jamaah !

Terbitan terkini oleh Malaysiakini yang dikutip dari BERNAMA, sebuah lagi tong najis berat selain utusan meloya dan berita hairan, tajuk dah gempak - KEKALNYA HADI, DEKATKAH PAS DENGAN UMNO ?

Berkali-kali sudah Tok Guru Datuk Seri Hadi Awang menafikan bahawa beliau dan PAS menolak UMNO/BN. Beliau seorang Ulamak tidak mahu bersekongkol dengan perasuah. Mengapa TN Guru HJ Abd Hadi masih dikaitkan dgn masuk UMNO ni? Tidak cukup lagi ke penjelasan beliau? UMNO terdesak sekarang ini. Orang tengah lemas, semua benda nak dicapainya. Bernama pon salah satu dari media pencacai UMNO. Tulisan yang jelas punya niat jahat !



[*] - Media pembohong dan pemfitnah terus menerus mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS menjelang pemilihan awal Jun ini.

Rentak dan lagu lama dimainkan antaranya melabelkan PAS kepada Kumpulan Ulama dan Professional serta kumpulan Erdogan. Tidak habis-habis puak-puak jahat dan kaki fitnah ini cuba memasukkan jarum ke badan PAS. Kita ingiun menegaskan sekali lagi bahawa tidak ujud puak-puak dan kumpulan dalam PAS. Kalau adapun ianya hanyalah label yang dicipta oleh media dan musuh PAS sendiri.

Sehari dua ini beberapa artikel ditulis kononnya kemenangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tanpa bertanding menunjukkan bahawa ahli PAS mahu perpaduan PAS-Umno menjadi kenyataan. Mereka mengaitkan Presiden PAS itu dengan agenda perpaduan PAS-Umno. Sedangkan Tuan Guru tekah bertegas bahawa tidak ada sebarang perancangan dan niat untuk membawa PAS bergabung dengan Umno. Antara 'term' yang digunakan ialah Unity Government (UG).

Media pencacai Umno ini sebenarnya sengaja mahu menimbulkan suasana tidak sihat dalam PAS iaitu budaya berpuak-puak, label melabel dan sebagainya. Kita mengharapkan kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian media dan musuh-musuh PAS ini. - mutaligat

1 comments:

  1. puakPas said...

    media UMNO tidak melakukan kesalahan, apa lagi membuat kesilapan, bila mereka memfitnah, memburuk-buruk, melaga-laga atau mengambil kesempatan dari kebodohan orang yang bodoh dalam PAS, kerana ini adalah kerja mereka.
    Sebagaimana syaitan menghasut manusia, apa yang hendak dikesal dan dirunggutkan bila syaitan menghasut manusia. Kerana kerja syaitan adalah untuk menghasut manusia.Yang menjadi tanggungjawab manusia adalah menyempit lubang dan menjauhikan diri daripada syaitan.
    Timbul isu percatuman UMNO dengan PAS (UG) adalah isu pemilihan lepas. Dimana untuk memenangi hati dan undi perwakilan, ada antara calon telah menggunakan tektik memburuk-burukkan pemimpin, sehingga menarik minat syaitan untuk menggunakan hujah tersebut sebagai batu api kepada PAS.
    Penyakit manusia PAS berakhlak UMNO ini, bukan sahaja mengunakan ketololan menjadi pemimpin, bahkan telah meletakkan sebelah kaki PAS ditepi telaga buruk.
    Tektik Abdullah bin Ubai ini kemudian disebarkan sehingga timbul buruk sangka dan merendah-rendahkan kepimpinan. Bila mereka perut buncit dengan budaya UMNO, otak disalut dengan daki UMNO, inilah akibatnya.
    Mereka ingat PAS ini parti politik seperti PKR dan UMNO. Setiap keputusan pemilihan dalam PAS tidak boleh dipengaruhi oleh parti lain kecuali ahli-ahli PAS.
    Sebelah pihak lagi adalah jenis keras kepala dan bahlul. Sudah diputuskan muktamar, bahawa UMNO bukan adik beradik atau saudara mara PAS, bahkan mereka adalah orang hanyut kepada PAS. Namun kerana kebahlulan ada lagi yang masih nak bercakap nak berbaik-baik, nak bergabung, nak berUG lagi dengan UMNO. Tidak puas dengan itu berhujah pula dengan agama atau nak bertopengkan agama. Maka pelbagai istilah arab dan Iban digunakan untuk membodohkan ahli PAS, antaranya adalah maqasid as-Syariah, ijtihad, tahdidid alawiyat, toksid dan persit.
    Inilah jejak langkah songsang yang mengagalkan gerakan Islam, bahkan masyarakat akan melihat dengan cermin mata kelabu, "PAS berebut jawatan sama dengan UMNO".
    Kepada pimpinan seperti ini, aku ucapkan sempena muktamar kali ini, "PORAAAAAH" ini sahaja perkataan yang layak diterima.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |