PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(6) Pre-mortem Muktamar PAS 2011 : Lonjakkan calon berwibawa memimpin

albanjari | Pre-mortem Muktamar PAS

Muktamar PAS pada kali ini memperlihatkan kesemua jawatan dipertandingkan kecuali kerusi Presiden. Senarai panjang nama-nama calon telahpun diketahui dan menjadi topik yang hangat diperbincangkan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, enam orang telah dicalonkan termasuklah penyandangnya, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mantan naib-naib presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Salahuddin Ayub, serta mantan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa Dan Mohamad Sabu.


Ustaz Nasharudin Mat Isa telah menyatakan akan mempertahankan jawatannya manakala AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan berkenaan. 

Daripada maklumat yang diperolehi, ada desakan agar Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding untuk jawatan itu, besar harapan penulis agar desakan baik ini dapat diterjemahkan oleh beliau dengan menerima pencalonan ini. Dengan jumlah kawasan PAS yang mencalonkan Ustaz Tuan Ibrahim melebihi angka 40 kawasan, ia bukan jumlah yang kecil dan wajar dikesampingkan, dan kerana itu kewajaran untuk beliau menerimanya amat perlu.

Di dalam PAS sesiapa pun layak untuk menjadi pemimpin, selagi ia ikhlas, tahan uji, istiqomah, jujur, amanah, membakar diri, bijak berpidato, berpengetahuan luas, berani, jauh dari sifat munafik, semua itu ada pada setiap enam orang calon Timbalan Presiden PAS yang akan bertanding.

Apa yang kita mahukan ialah yang paling baik di kalangan yang terbaik, bagi memikul amanah ahli PAS seluruhnya, amanah Islam, amanah rakyat dan amanah Allah SWT.



14 orang layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden, dan daripada 14 nama yang disenaraikan setakat ini hanya YB Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah berani mengesahkan kesediaan untuk bertanding bagi jawatan no. 3 dalam parti tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr Mujahid Yusof dimaklumkan telah pun menarik diri begitu juga Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS). Perkembangan ini dijangka bertambah menarik sekiranya calon pilihan iaitu Datuk Mahfuz Omar turut bertanding, namun sehingga artikel ini ditulis beliau masih belum memberikan jawapan.

Sengit dan Mendebarkan : Lonjakkan lebih calon bukan melayu mengisi jawatan di peringkat Pusat

Bagi jawatan AJK PAS Pusat, 83 calon telah pun disenaraikan. Dan daripada 83 calon, 2 calon adalah dari bukan melayu. Ini merujuk kepada pencalonan YB. Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah (Kelantan) dan YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (Perak). Saya mengharapkan mereka berdua akan menerima pencalonan yang telah dikemukakan oleh PAS kawasan untuk berada di dalam senarai akhir bertanding jawatan tersebut.

Satu perkara menarik ialah kehadiran 2 calon bukan melayu ini dilihat dominan, serta berpotensi untuk menang. Ini kerana jika dilihat daripada ketokohan calon itu, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Siapa yang tidak kenal Dato' Hj. Anuar Tan, pemimpin Islam berbangsa cina yang lantang menentang judi di Kelantan.



Begitu juga dengan Drs. Khalil Idham Lim yang juga Adun Titi Serong, siapa yang tidak kenal beliau baik diperingkat negeri mahu pun nasional. Tidak keterlaluan jika penulis meletakkan kedudukan beliau sebagai seorang YB yang popular. Merujuk dari kajian yang dibuat oleh Zentrum, beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang idealis, berkaliber dan wajar ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Penampilannya melalui blog Cina Islam menyemarakkan lagi dunia pemberitaan alternatif khususnya dalam suasana kemucak berlaku krisis politik di Perak, dari yang diperhatikan blog peribadinya kini hampir mencecah 13 juta klik pada masa ini.

Melalui kenyataan - kenyataan media yang beliau tampilkan, kenyataannya hadir bersama fakta kukuh yang  menyentuh pelbagai isu seperti mana yang disiarkan di dalam Harakahdaily, Harakah cetak serta akhbar Sinar Harian.

Suatu yang menarik, bila memperkatakan ketokohan Drs. Khalil Idham Lim, yang dicalonkan untuk jawatan AJK PAS Pusat ialah beliau ini seorang yang berbangsa cina yang memeluk Islam pada usia 22 tahun dan akhirnya bergelar ustaz selepas mendapat Ijazah Pengajian Islam dari sebuah universiti di Aceh, Indonesia.

Secara peribadi, saya berpandangan bukan satu kerja mudah bagi seorang yang sedemikian rupa boleh berada dipersada politik tanah air melainkan dengan izin Allah yang telah meletakkan beliau sebagai seorang yang gigih berjuang dengan PAS dan diamanahkan pula bertanding sebagai calon PAS, biarpun tewas pada tahun 2004 tetapi pada tahun 2008, beliau menang di kerusi DUN Titi Serong, PRU ke-12 yang lepas.

Semasa pakatan Rakyat memerintah di Perak beliau juga dilantik sebagai Timbalan Exco Agama dan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak(BBC).

Malah ketokohan beliau sebagai pendakwah juga teruji dengan banyaknya jemputan untuk mengendalikan kuliah-kuliah dan majlis ilmu Islam di seluruh negara. Pengalaman beliau sebagai seorang bekas guru Kementerian Pendidikan sebelum ini turut membantu beliau menyesuaikan diri di mana sahaja beliau berada.

11hb. Mac 2011 yang lalu, beliau telah dijemput untuk berada di negeri kelahirannya bagi memberikan kuliah agama sebelum bermulanya kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BI). 

Dan jemputan itu telah meletakkan beliau sebagai pemimpin islam berbangsa cina pertama memberi kuliah di situ. Kuliahnya menarik minat banyak pihak dan beliau akan tampil untuk kali kedua di tempat yang sama pada tarikh yang telah diaturkan, insyaallah.

Umum mengethaui, beliau juga merupakan seorang YB (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan tanggungjawabnya mengalas tugas dan amanah sebagai Ketua Penerangan PAS dan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dilihat begitu dominan dalam membangkitkan isu-isu semasa mahupun nasional di semua peringkat kaum melalui kenyataan-kenyataan media beliau yang lantang. Beliau menjelajah ke seluruh negara memenuhi undangan ceramah politik. Ceramah beliau juga digeruni pihak lawan. (Klip video ceramah beliau klik di sini.)

Atas kapasiti beliau yang berbangsa cina, PAS kini perlu melihat dalam konteks Malaysia seluruhnya, seterusnya membuktikan bahwa amalan Islam yang mengiktiraf suasana plural dan masyarakat majmuk ini telah sedia diamalkan dan pemimpin islam berbangsa cina, iaitu YB Drs. Khalil Idham Lim dan YB Dato' Haji Anuar Tan ini wajar diberikan tempat yang baik dan tepat bagi mewakili kepimpinan sejagat yang membawa wajah Islam yang universal ke tengah-tengah masyarakat Malaysia yang majmuk.

Melayu dan Cina sebenarnya masih lagi bersatu dan berhubungan baik. Penghubung antara kedua bangsa ini adalah islam dan kefahaman kepada Islam. Dan itulah hakikatnya yang perlu diketahui oleh rakyat. 

Munculnya tokoh-tokoh hebat seperti ini yang membawa imej islam dari bukan bangsa melayu di dalam PAS benar-benar melemaskan Umno dan Barisan Nasional yang dilihat semakin rasis akhir-akhir ini.

Dua tokoh bukan melayu yang dicalonkan ke jawatan AJK PAS Pusat pada muktamar ini harus dilihat positif dan baik, dan sewajarnya diberi tempat dan kemenangan. Apa yang pasti, imej dan slogan PAS For ALL yang membawa ideologi islam tanpa sekatan bangsa, semakin dekat di hati rakyat di negara ini.

Sebagai membuktikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang syumul dan melangkau sempadan bangsa dan keturunan, maka satu lonjakan baru untuk menolak fahaman lama bahawa PAS hanya layak dipimpin oleh bangsa melayu islam harus di 'real' kan dengan sikap keterbukaan yang luas menerima pemimpin islam dari bangsa cina untuk sama-sama berada di dalam jawatan tersebut.

Dan sekarang telah berada di dalam senarai itu,  dua calon bukan melayu. Maka dengan itu, atas nama islam perwakilan yang dipilih ke muktamar kelak wajar meletakkan 'keterbukaan' ini untuk menentukan kedudukan yang betul kepada kedua-dua calon bukan melayu ini, iaitu Drs. Khalil Idham Lim dan Dato' Anuar Tan Abdullah.

Penulis turut berterima kasih kepada kawasan PAS yang telah mencalonkan mereka berdua, secara peribadi penulis melihat mereka itu memang layak untuk berada di kerusi AJK PAS Pusat. InsyaAllah. Apapun tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis dan penulis akhirinya dengan mengangkat kembali intipati utama ucapan perasmian muktamar yang lalu,

"Idealogi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru,saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya' yang terdahulu. Kita hanya mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yg terdahulu dan kita akan mewariskannya kepada generasi yang terkemudian."

Semuga Allah mempermudahkan perjalanan seluruh perwakilan ke Taman Melewar, Selamat ber' Muktamar' dan nasihat akhir penulis, minta perwakilan solat istikharah sebelum buat pemilihan nanti, diulangi sekali lagi bahawa ingatlah setiap undi anda itu adalah amanah ahli PAS seluruhnya, amanah Islam, amanah rakyat dan amanah Allah SWT. Takbir ! Allahu Akbar.., hidup Islam...hidup PAS.

4 comments:

  1. radens albanjari said...

    blog wak kena hacked lagi sebentar tadi. 18 minit ghaib tiba-tiba bila diremoved oleh 'hantu' siang. Sekarang kembali stabil..boleh layari sekarang ! seb baik wak ada depan laptop..boleh gak segera carik..! Asal aku maki jer Umno - hilang ler blog aku..ptuihhh !

  2. puakPas said...

    aku tak tahu, tiba-tiba pemuda PAS berundur ke tahun 40an ke belakang, dimana pemuda pada masa itu masih berada dalam kain pelikat cap gajah (kekampungan).
    Kelesuan dan terpinggirnya pemuda PAS banyak diperkatakan oleh para pemerhati politik. Tiada apa yang boleh disumbangkan oleh pemuda PAS kepada politik semasa kecuali menghadiri ceramah sambil makan kacang kuda. Sedangkan aset dan kekuatan pemuda mengatasi kekuatan pemuda DAP dan PKR. Kebanyakan orang-orang muda yang menyokong PAS mempunyai kekuatan dari segi semangat dan kejantanan. Namun saf pemuda PAS tidak pernah ingin menjadikan kelebihan yangt dimiliki ini sebagai punca kekuatan kepada parti.
    Dari segi penampilan pemuda di kalanganh parti-parti PR, pemuda PAS kelihatan berada paling belakang dan hanya menjadi penghias majlis. walaupun ketua anak muda PKR bertubuh gemuk seperti ketua pemuda PAS, namun jelas sekali pegerakkannya lebih cergas dan nampak berkeyakinan.
    Yang paling aku hairan, ahli-ahli PAS nampaknya seronok ingin menukar wajah kepimpinan PAS yang ada, sedangkan wajah yang paling hodoh dan menyerabutkan adalah muka-muka kepimpinan pemuda PAS.
    Kehairanan aku bertambah, bila aku memikirkan bagaimana Salahuddin Ayub boleh meningalkan kepimpinan pemuda PAS tanpa menyediakan pelapis untuk meneruskan garis perjuangannya. Akibat kelalaian ini, warisan kepimpinan pemuda diwarisi daripada Salahuddin Ayub hanyalah tongkol kayu gemuk yang sudah dimakan anai-anai.
    Sungguhpun komen seperti ini amat terasa dan kita mempunyai sejuta alasan dan sebilion hujah, namun realiti dan kenyataan diperakui jumhur.

  3. Ex pemuda said...

    puakPAS dan rakan2 lain

    saya pemuda zaman mahfuz dabn sallehuddin amat setuju dengan apa yg di tulis oleh puak Pas,itu adalah realiti.
    bila dengar cerita mereka adakan perjumpaan untuk berkompromi tentang pertandingan ketua pemuda, saya katakan padakan anak buah say di cawangan semalam, sayang korang bersemangat tapi pemimpim korang sekarang kurang cerdik dari segi politik dakwah yg kita laungkan.

  4. Anonymous said...

    ASSALAMU;ALAIKUM WBT
    PAS MEMERLUKAN ULAMAK DAN PANGLIMA DI BARISAN HADAPAN. OLEH ITU SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AHLI PAS UNTUK MENYOKONG ABANG MAT SABU BAGI MELENGLAPKAN KEKUATAN BARISAN HADAPAN.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |