PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Benarkah Blogger Pak Karamu hina sultan Pahang ?

Blogger Milo Suam ditahan polis kerana baju 'BERSIH' ditemui bersamanya. Itu laporan Harakah Daily pagi ini. Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan pula berita beberapa NGO (baca Perkasa) membuat laporan polis kerana menuduh blogger Pak Karamu menghina sultan Pahang. Benarkah blogger otai, Pak Karamu hina sultan ?

Rujuk tulisan Pak Karamu di dalam posting beliau. (Klik untuk besarkan imej). Pagi ini wak dihubungi oleh Pak Karamu berkaitan hal itu, dan beliau menyatakan bahawa tulisan itu adalah menjawab satu tulisan dari blogger UMNO berkaitan isu yang ditimbulkan, malangnya blog yg memuatkan tulisan tersebut telah dipadamkan oleh penulisnya.

Mohon pencerahan kepada semua sahabat, apakah tulisan Pak Karamu itu menghina 'sultan' ? Bagaimana pula kes gerombolan berdemo di Terangganu dan memanggil sultan sebagai 'natang' ? 



Blog Pak Karamu hina Sultan

Foto : KETUA Penerangan Perkasa Pahang, Muhd. Faiz Hashim (tiga kanan) bersama wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis berkenaan blog Pak Karamu di Balai Polis Kuantan, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 4 Julai - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Pak Karamu hari ini kerana dikatakan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Dewan Muda Perniagaan Melayu Malaysia (DMPPM) Pahang, Gerakan Belia 4B Kuantan dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.

Mereka meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog itu yang menghina Sultan Pahang yang mahu rakyat negeri ini tidak menyertai perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Wan Embong berkata, perkara itu dikesan apabila salah seorang ahlinya membuka blog berkenaan semalam.

"Saya mewakili NGO-NGO ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog ini termasuk menggunakan Akta Hasutan supaya gejala itu dapat disekat," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Kesemua NGO terbabit membuat laporan polis kira-kira pukul 6.30 petang.

Wan Emril berkata, kenyataan penulis tersebut menunjukkan dia tidak menghormati sistem beraja di negara ini.

Justeru, katanya, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri sebaliknya menyiasat segera blog terbabit supaya institusi raja di negara ini tidak terus menjadi bahan cacian oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. - Utusan Malaysia

2 comments:

  1. sapien said...

    sembah derhaka saja tu.maknanya tak bersetuju dengan pandangan Sultan Pahang yang mahu Himpunan Bersih diharamkan sedangkan perlembagaan menjelaskan sebarang perhimpunan aman dibenarkan. Mungkin akibat terlalu banyak mendapat maklumat yang salah dari media massa yang dikuasai umno maka Baginda tidak mahu Himpunan penyokong Bersih diadakan.Sekarang ni YDPA sendiri memperkenankan Himpunan Bersih macam mana pula. Adakah kita juga akan membuat laporan polis terhadap mereka yang menghalang himpunan Bersih yang telah diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?.Menderhaka jugalah mereka ini yang masih menghalang Himpunan Bersih ini.

  2. Anonymous said...

    Toksah takut kalau rasa boleh menang bicara....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |