Bila jalan jahat yang dipilih ! Agong akan ber'titah' lagi ?
Hari ini sudah khamis. esok dah tentu jumaat. Lusa ? ada siapa yang boleh ubah angka 'lusa' jadi 10? Mustahil. Tapi jangan bagi pada Pak Brahim, dia kan suka buat magic ! Boleh saja agaknya dia kata 'lusa' tu hari 'lompat', macam katak. Hati kering ! agong dah titah, tak mahu jumpa, tapi tetap degil, orang kedah kata..jantan ketegaq !
Esok hari rehat buat semua FRU dan tentera yang berlatih di sg. besi. Lusa ada tugas besar menanti ! Polis jer tak der rehat. Kesian rakyat tengok ! Lebih 48 jam polis dok jaga jalan merata tempat. Jaga jalan bro ! tapi trafik macam gampang, sesak teruk di KL.
Tarikh 9 Julai. BERSIH punya ! Walaupun patriot dan perkasa masih sibuk lobi sana sini. Nak join jugak ! Dasar budak nakal, kalau join bawa hati suci, ok jugak. Tapi kalau join bawa hati macam sama kulit bos depa..hitam, nak buat apa ?
Kerajaan pulak cakap dah macam keling. Pusing sana, pusing sini. MSO bilang masih dok main tarik tali. Nawaitu cuma satu, untuk gagalkan himpunan berkenaan, walau dengan apa cara sekalipun. Malam ni dan malam esok, riuh ler stesyen tv hidangkan kejahatan demonstrator luar negara, sekaligus ancam rakyat jangan buat begitu, nanti ramai yang mati katak konon ! Hoi..! Sebelum ni di himpunan Bersih 2007, berapa ratus ribu rakyat yang mati ? Jika tiada provokasi, aman jer himpunan tu !
Insyallah rombongan dari changkat ibol (bukit gantang) ke kuala lumpur akan berlepas...doakan kami, 10 buah bas bergilir berlepas......takbir !
Beberapa sahabat dan group ada yang dah mula tinggalkan kampung dan anak bini. Satu tujuan - ke KL membawa harapan yang BERSIH agar pada pilihanraya akan datang ia akan lebih adil dan telus. Jika berjaya himpunan Bersih itu mengumpulkan 300 ribu rakyat, banjir 'kuning' KL. Dan hari ini aku nak kata awal-awal, akan kita lihat tsunami 'rakyat' membawa mesej 'BERSIH' mengalir 'kuning' dari setiap lorong kota bergerak ke stadium Merdeka. Bila ia membentuk 'tsunami' apakah ada kuasa lain yang mampu menghalang aliran itu ?
Mungkin ada benarnya kata MSO - Kejayaan himpunan Bersih sabtu ini, akan memberi musibah besar buat Umno dan BN. Selepas 9 Julai nanti ia akan menentukan apakan pintu perniagaan BN khasnya Umno akan terus dibuka atau ditutup. Inilah yang ditakuti dan sedang dibayangkan oleh pemimpin mereka. Mereka hari ini masing-masing menyakinkan diri sendiri bahawa Bersih akan gagal. Sudah pasti jika mereka kalah ia tidak akan bangun untuk tempoh 100 tahun. Orang yang belum ada pengalaman kalah, ditindas dan ditekan selalunya akan lenyap begitu saja di telan sejarah.
Sebab itu sesetengah pemimpin mereka dan pihak yang mencari makan dengannya sudah tidak dapat menelan air liur lagi. Bercakap pun sudah mulai perlahan dan nyanyuk. Nadanya juga sudah tidak seangkuh dulu. Pihak yang sebelum ini nampak sangat menjadi kaldai tua kepada parti kerajaan sudah mula insaf dan menerima realiti dan kehendak rakyat.
Kalau sebelum ini polis nampak keras dan tegas, tetapi ia sudah mengendur sedikit. Kenyataan Timbalan Ketua Polis negara, Khalid Abu Bakar menunjukkan polis sudah berlembut. Mungkin keghairahannya untuk menunjukkan kuasa sebagai timbalan ditegur oleh pihak tertentu. Nampak sangat sejak jadi timbalan, Khalid lebih lantang dan kedepan daripada ketuanya.
Katanya, polis akan mengkaji balik tindakan menyekat lalauan ke ibu kota. Walaupun polis terus patuh kepada ikrar dan sumpah perkhidmatannya, namun kenyataan sebegitulah yang diingini rakyat yang menunjukkan polis adalah penjaga keselamatan dan bukan menjadi sebahagian provokator kepada parti pemerintah.
Ahmad Shabery Chik yang tugasnya menjaga stadium Bukit Jalil sudah berkokok, mengatakan stadium itu tidak akan dibenarkan digunakan oleh BERSIH. Beliau juga melarang para belia daripada mengikuti himpunan berkenaan. Mungkin Shaberi rasa cemburu kerana Himpunan Sejuta belia yang diadakan baru-baru ini tidak mendapat sambutan langsung. Katanya jumlah yang hadir sekitar 18,000 saja. Kesian kat dia naa..!!
Syed Hamid Albar yang sudah jadi 'suratkhabar lama' oleh Umno juga turut sama berkokok untuk memberi khdimat terakhir kepada Umno. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanyajaya Pengangkutan Awam, memberi tahu semua permit sementara kepada bas sekolah dan persiaran dibekukan mulai tengah malam ini bagi mengelakkan ianya disewa untuk datang ke himpunan Bersih.
Pendeknya semua jenis bentuk usaha dan tindakan sedang dan telah dilakukan. Kalau pun belum cuba dipergunakan ialah Askar Melayu Di Raja Malaysia. Namun itu belum tentu, mungkin ada unit-unit tertentu akan turut digunakan untuk 'menembak' para himpunan. Jangan rasa pelik kalau ini berlaku. Dalam keadaan manusia desparate untuk mempertahankan kuasa mereka akan melakukan apa saja.
Semalam juga komuniti Bersih sudah membuat ketetapan walaupun apa yang terjadi mereka tidak akan berganjak lagi. Beri atau tidak, izin atau tidak mereka akan berhimpun di stadium Merdeka. Yang penting mereka sudah pun menghadap Agong dan memberi tahu akan tujuan dan niat mereka.
Ketegasan ini menunjukkan Bersih sudah habis tolak ansur. Apabila jalan baik dinafikan, pintu rundingan ditutup, maka jalan jahatlah yang terpaksa dipilih. Ini sudah lumrah. Fikirkan apa terjadi jika hidung anda disekup dengan bantal, tentu akan lemas, nak tunggu lagi..anda akan melakukan apa saja ketika itu.
Nah keadaan Bersih kini seperti orang yang hidupnya ditutup dengan bantal. Ruang pernafasan tidak ada ada lagi sedang ia memerlukan oksigen untuk bernafas. Ini adalah soal survival.
Pihak kerajaan, terutamanya polis harus sedar menegenai kedudukan dan status mereka di dalam menghadapi rakyat ini. Polis seperti seorang bapak untuk mengawal anaknya yang sedang gila dan mabuk. Keadaan mabuk menyebabkan tindakan mereka tidak siuman. Apabila polis bertindak ke atas orang mabuk yang salah dan akan salah nanti ialah polis bukan si pemabuk. Kalaupun si mabuk menikam mati bila dibicarakan ia dilepaskan kerana tindakan mereka tidak waras. Jadi sebelum rakyat jadi tidak waras maka ia perlu ditangani dengan lembut.
Dalam pertarungan merebut kuasa politik ini polis dan agensi kerajaan lain perlu sedar, tugas dan tanggungjawab itu bukan terletak dibahu mereka. Mereka adalah kakitangan kepada kerajaan bukan kepada Umno atau mana-mana parti. Sebagai pegawai kerajaan yang gajinya dibayar oleh rakyat, sesiapa atau pihak mana menjadi kerajaan dia wajib mematuhi kerajaan. Di sini perkara yang masih mengelirukan ramai kakitangan kerajaan tidak dapat membezakan di antara parti politik dengan kerajaan yang dibentuk oleh parti yang memerintah.
Kesimpulannya setakat hari ini, nasib himpunan Bersih masih belum diketahui lagi. Bersih dan kerajaan khasnya polis masih terus main tarik tali. Sesiapa yang mempunyai kekuatan mental dan ketahanan diri, pihak itulah yang akan berjaya. Yang jelasnya polis tidak mudah mengatakan mereka akan menang kerana di tangan mereka ada senjata, sebab... persepakatan rakyat, iltizam rakyat akan bertukar menjadi kuasa besar.
Renung kembali, dalam himpunan rakyat di Mesir bulan lalu, kereta kebal askar yang lengkap dengan senjata canggih pun dapat ditumbangkan oleh tangan rakyat. Cuma satu yang saya bimbang, bimbang selepas ini akan ada lagi satu titah yang dicatatkan atas kertas kuning.
( sebahagian sumber artikel dipetik dari blog MSO )
July 7, 2011 at 1:49 PM
puak be end memang haru
TERKINI!!:
10 SENJATA PERANG ZAMAN SILAM!!
LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
July 7, 2011 at 2:35 PM
Kertas kuning BERSIH wak...InsyaAllah kita akan berjaya!Takbirrrrr...Allahukhbar!