PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bersih 2.0 - Esok yang 'GILA' !

PATRIOT BIKIN DEMO AWAL JAM 10 PAGI ESOK.

Diberitakan bahawa kumpulan PATRIOT akan memulakan demonstrasi seawal jam 10 pagi esok. Pemuda Umno menegaskan akan meneruskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 atas nama “Patriot” dengan berarak di Stadium Merdeka esok, lokasi sama yang menjadi pilihan Himpunan Bersih 2.0.

Walaupun telah mendapat perintah larangan memasuki Kuala Lumpur esok bersama 90 individu lain, namun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pihaknya mempunyai hak untuk berhimpun.

“Ini adalah hak kita untuk berkumpul, mengikut Perlembagaan. Kami tidak mahu bertembung dengan sesiapa terutamanya polis, tetapi ini adalah hak demokrasi. Kami telah berbincang dan Exco Pemuda Umno memutuskan untuk menerima apa sahaja tindakan yang akan dikenakan terhadap kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sambil berkata Pemuda Umno terpaksa berbuat demikian selepas “pembangkang menolak saranan kerajaan agar mengadakan perhimpunan di luar Kuala Lumpur.”

“Tengah hari ini, kami akan membuat permohonan untuk berkumpul di Stadium Merdeka. Kami telah memohon, kami yang pertama memohon permit polis pada 24 Jun,” katanya sambil menunjukkan surat yang dihantar ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Rembau ini, permohonan itu telah ditolak pada 6 Julai, namun pihaknya akan membuat rayuan hari ini.

Khairy menafikan pihaknya memutuskan perhimpunan Patriot di Stadium Merdeka kerana mahu mewujudkan suasana tegang dengan Bersih 2.0 yang turut berkeras mahu mengadakan perhimpunan di lokasi bersejarah itu.

“Kami tidak berminat untuk bertembung dengan sesiapa. Kawalan keselamatan bergantung kepada polis,” katanya. Kata beliau, Pemuda Umno akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada pukul 10 pagi esok sebelum berarak ke Stadium Merdeka. Tambah Khairy, pihaknya akan mencari lokasi lain sekiranya tidak dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka.

“Kami bukan kerajaan, bukan polis, kami lakukan apa yang perlu,” katanya apabila ditanya perhimpunan itu akan mengganggu ketenteraman awam. Khairy mengulangi bahawa Pemuda Umno mewakili “majoriti senyap” yang tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0. “Kami bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang tunjukkan pendirian kami,” katanya. Semalam Bersih 2.0 berkata, pihaknya akan meneruskan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka walaupun diminta untuk mengadakannya di luar Kuala Lumpur.

Gerakan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan menggunakan Stadium Merdeka. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Ahad lalu meminta pentadbiran Najib agar mengadakan rundingan dengan Bersih 2.0 berhubung isu sistem pilihan raya.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu, Bersih 2.0 mengumumkan menerima saranan Najib walaupun perdana menteri itu berkata permohonan polis perlu dibuat terlebih dahulu. Polis sehingga kini masih meneruskan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu.


BERSIH AKAN BERHIMPUN DI TLK STADIUM MERDEKA

Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu. “Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas. Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan. Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

“Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,” kata BERSIH 2.0 lagi. Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita. Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” katanya. - Malaysiakini


:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |