PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

KL yang 'GILA' - (6) pakai kopiah pun kena tangkap ?

Asal pakai kopiah putih, tangkap. Asal turun dari LRT, tangkap. Asal laungan 'bersih' Tangkap..!! KL yang GILA !!

‎"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” -- Peguam PAS utk BERSIH


* KLIK COVER IT LIVE DI BAHAGIAN ATAS SIDE BAR KANAN untuk gambaran langsung Himpunan Bersih dari Kuala Lumpur. 



Pusat bandar raya Kuala Lumpur yang lazimnya sesak dengan lautan manusia dan kenderaan hari ini bertukar seolah-olah ‘bandar hantu’ dengan hanya dikawal ketat ratusan anggota polis di setiap pelusuk bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 petang ini. Sejak tengah malam tadi 30 jalan utama memasuki Kuala Lumpur ditutup dan pagi ini sebahagian besar anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan demonstrasi diadakan.

Tinjauan The Malaysian Insider yang sejak awal pagi berada di lokasi utama di Jalan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka mendapati lebih 100 anggota polis sudah berada di sana.

Malah turut kelihatan beberapa trak meriam air di lokasi-lokasi berkenaan di mana anggota polis dan FRU bersiap sedia berdepan dengan peserta Himpunan Bersih 2.0 yang diketuai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan disokong oleh Pakatan Rakyat.

Selain di lokasi-lokasi tumpuan, polis juga menjadikan stesen-stesen LRT, Komuter dan Monorel untuk memeriksa penumpang yang menuju ke lokasi panas. Kenderaan-kendaraan yang memasuki ibu negara turut diperiksa.

Di Masjid Negara yang menjadi lokasi berkumpul PAS turut dikawal ketat oleh anggota polis yang mula berada di sana sejak awal pagi.

Selain itu, laluan masuk ke Kuala Lumpur juga turut dikawal ketat dengan polis melakukan pemeriksaan kepada kenderaan. Himpunan Bersih 2.0 semalam memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis sudah memberi amaran agar tidak mengadakan demonstrasi.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT, Komuter dan Monorel berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju. Sementara itu di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) keadaan masih lagi terkawal dengan pemeriksaan diperketatkan dengan bantuan polis bantuan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dijangkakan kelewatan akan berlaku di bas dari selatan dan pantai timur ekoran sekatan jalan raya yang diadakan. Dalam pada itu laporan Bernama Online juga menyebut suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Syed Putra, Jalan Bukit Petaling, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. Kawasan di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Bot, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Haji Taib.

Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini. Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta.

LAPORAN LANGSUNG:

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

2 comments:

  1. Anonymous said...

    PDRM NO 1 DI ASIA.BERSEDIA BERKHIDMAT .SLOGAN KERAMAT.SEMUGA ALLAH MERAHMATI SELURUH WARGA POLIS DAN SEISI KELUARGA.RAMD PUN DAH MULA BERGANDINGAN .WOWWWWWW ITU LAGI CANTIK .GANDINGAN CUKUP MANTAP .INSHALLAH DEMO TAIK KUCING ALIAS KUCING KURAP NI MUDA BEBENO DI URUSKAN .SEKALI LAGI BRAVO BERKEKALAN UNTUK PDRM ,RAMD DAN PASUKAN KESELAMATAN,YANG SEDIA MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI.

  2. Anonymous said...

    ni sangat2 gila!!!!!!!baek ko tuka agama je la bile org nak pakai kopiah ikut sunnah pon xboleh!!

    1.Pejabat Bekerja Seperti Sunway Lagoon
    2.Rumah Paling Sempit (Apa Ni!!??)
    3.Bagaimana Sound Effect Transformer 3 Dihasilkan

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |