PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

KL yang 'GILA' - (3) Rombongan boroi merahkan bukit bintang ?

(*) Kenduri rakyat hari ini bukan saja dihadiri oleh rakyat 'BERSIH', malah juga turut didatangi oleh ahli-ahli silat seluruh Malaysia. Hebat sungguh 'penangan' kenduri 9 Julai ini bro ! Lihat saja jalan-jalan di KL pagi ini, lengang dengan kenderaan, betapa bagusnya polis-polis dan FRU yang begitu cemerlang menyediakan laluan kenduri hari ini agar ia berlangsung dengan aman. Terima kasih polis ! Tapi biasa laa..pasal kenduri hari ini adalah kenduri yang BERSIH, geng-geng pengotor yang hitam hatinya itu, ingat nak duduk diam ? Dengan khabar, geng baju merah atau popular dipanggil 'pat-turot' akan berpesta-pesta'an sambil mendendangkan lagu,( 'buncit..buncit, hidup buncit, aku buncit hang buncit..", umno makin terkincit, " kah..kah..kah ! ) dan bermula dari Bukit Bintang dan menuju terus ke stadium merdeka. Wow ! Macam nak bikin kecoh ker tu ? Jangan main-main bro..!

Seramai 10,000 ahli-ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang berhimpun di ibu kota bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan mereka tidak diarahkan untuk terus berada di Kuala Lumpur walaupun sebelum ini merancang mahu bertindak menghentikan perhimpunan Bersih 2.0. Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak.

“Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu. Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di sini, Jumaat. Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat. - agensi

Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu. Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih.


1 comments:

  1. decemo said...

    yang nampak dok burukkan keadaan bukannya bersih..

    TERKINI!!:
    58 JALAN DI SEKITAR KL DITUTUP!!
    SEKATAN DI SELANGOR BERMULA!!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |