PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

KL yang 'GILA' - (5) Tekanan polis, Apakah bisa gagalkan Bersih ?


Sampai bila kita mampu membendung kemarahan manusia dengan Kuasa? Kemarahan datang dari hati.... hanya tindakan dengan hati yang mampu menyejukkannya.. jika tidak.... kemusnahan akan melanda seperti Mesir,Tunisia dan Libya... Jangan di halang air yang mengalir. Aliran kenderaan yang sesak menuju ke pusat bandaraya lewat tengahmalam tadi. - anak sengat



SEKAT JALAN, HOTEL DIGELEDAH,- Apakah bisa gagalkan BERSIH ?

Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa. Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih.

Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai.

Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada.

Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa.

Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, sudah pasti Malaysia akan aman damai. - Agensi

TERKINI !
Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo. Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan. Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.


LAPORAN LANGSUNG:

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis. - (sumber : Malaysiakini)

1 comments:

  1. Anonymous said...

    kenapa x guna cara ni utk menangkap PATI..?

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |